Euforia Bola 2026
Trending By: Intan Mahsuri March 18, 2026 @ 3:10pm

Trending Raya 2026: Ini 18 Iklan Raya Wajib Tonton

Debaran nak sambut Syawal tu makin hari makin terasa! Macam biasa, setiap tahun memang ramai yang tunggu kemunculan iklan atau filem pendek Raya daripada jenama-jenama terkenal tempatan.

Bukan sekadar tontonan biasa, ada yang buat kita gelak, ada yang ‘deep’ sampai terdiam… dan tak kurang juga yang buat mata tiba-tiba masuk habuk.

Berikut adalah kompilasi filem pendek raya 2026 yang wajib korang tonton.

1. PTPTN – Cukup

Naskhah emosi ini membawa penonton menyelami realiti perit sebuah keluarga yang bergelut dengan tekanan ekonomi dan persiapan SPM di ambang lebaran.

Konflik jiwa seorang anak diredakan oleh ketabahan seorang ibu yang percaya rezeki bukan sekadar wang ringgit tetapi kasih sayang dan keredaan. Ia membuktikan kebahagiaan sebenar adalah apabila kita merasa “cukup” dengan apa yang ada.

2. IJM Land – Kemas-kemas, Memori Emas

Niat untuk memberi kejutan dengan mengemas rumah hampir mencetuskan ‘perang’ antara nenek dan anak cucu.

Filem ini membongkar mengapa barang lama yang dianggap ‘sampah’ sebenarnya adalah khazanah berharga bagi warga emas kerana setiap satunya menyimpan ribuan memori yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.

3. Maybank – Berkat Mak

Mengangkat martabat doa seorang ibu sebagai tunjang kejayaan seorang anak. Tanpa plot meleret, naskhah ini membawa kita menyelami pengorbanan sunyi dan bagaimana keberkatan hidup sebenarnya bermula dari rumah.

4. PETRONAS – Seindah Ramadan

Dua sahabat kecil, Hana dan Alia, membawa penonton meneroka keriuhan persiapan Ramadan.

Di sebalik kegembiraan memilih baju baharu, terselit persoalan besar tentang sama ada kemeriahan tersebut akan kekal selamanya. Sebuah refleksi tentang menghargai detik waktu.

5. PPZ-MAIWP – Manual Masa Depan

Adam, seorang eksekutif yang skeptikal dan penuh dendam, menerima sebuah buku manual misteri yang didakwa mampu meramal masa depan. Adakah ia benar atau sekadar ujian untuk menyucikan hatinya daripada belenggu masa lalu?

6. BSN – Lebih Dari Cukup

Satu refleksi mengenai erti kehidupan yang sebenar menerusi konsep barokah. “Bila kita kongsi rezeki walaupun sedikit, Allah kurniakan rasa cukup,” itulah mesej utama yang ingin disampaikan menerusi paparan kehidupan yang sangat dekat dengan masyarakat.

7. Air Selangor – Raya Ikut Rasa

Tampil berbeza dengan menumpukan kepada kesihatan mental dan penerimaan diri. Suntikan elemen komen netizen dalam penceritaan membuktikan setiap sambutan raya individu adalah unik, asalkan ia dirayakan mengikut kemampuan dan ‘rasa’ sendiri.

8. Takaful IKHLAS – Iklan Raya Paling Ikhlas

Gandingan mantap ‘otai’ seni Bront Palarae dan Fauziah Ahmad Daud (Ogy) pasti merobek jiwa. Ia mempersoalkan sama ada khidmat kita kepada ibu bapa selama ini benar-benar tulus atau sekadar memenuhi tanggungjawab rutin semata-mata.

9. PLUS – Keindahan Ramadan

Nadia dan Ah Seng kembali menemui penonton untuk mengajar erti kesabaran serta keikhlasan melangkaui sempadan perbezaan kaum dan budaya. Mesej perpaduan yang sangat sinonim dengan identiti Malaysia.

10. FGV – SAJI Menyala Lagi Raya

Bukan drama air mata, tetapi video muzik bertenaga menampilkan Datuk Awie, Vanidah Imran dan Bront Palarae yang sakan menari dan menyanyi. Sangat ‘lit’ untuk membangkitkan mood raya dengan elemen retro yang segar.

11. Marry Brown – Ali Baba Bujang Rangop

Diinspirasikan daripada karya agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, naskhah kreatif ini membawa mesej santai namun padat bahawa rezeki yang berkat lahir daripada hati yang jujur.

12. Ribena – Rasa Yang Kita Kongsi Bersama

Ribena Malaysia tampil unik dengan iklan muzikal ceria. Terasa hangat, dan gembira menontonnya. Lagu yang digunakan juga  sesuai untuk dipasang semasa hari raya nanti.

13. PruBSN – Kisah Hero Raya

Menghargai ‘hero’ yang tidak didendang iaitu mereka yang berkorban dalam diam demi memastikan Syawal ahli keluarga yang lain sempurna. Sebuah penghargaan untuk insan di sebalik tabir keluarga.

14. CelcomDigi – Penyeri Tradisi Raya

Memberi fokus kepada titis keringat dan kudrat insan-insan yang bekerja keras demi memastikan tradisi Aidilfitri terus hidup. Merekalah ‘penyeri’ sebenar dalam setiap kemeriahan yang kita kecapi.

15. Agro Bank – Maaf, Saya…

Naskhah hiba yang menyelami realiti keluarga yang membesarkan anak autisme. Ia mengajar kita bahawa setiap keluarga mempunyai ujian tersendiri, namun kasih sayanglah yang menjadi pengikat paling kuat.

16. COSMODERN – Raya Berseri

Raikan Syawal dengan penuh gaya menerusi kolaborasi vokal bertenaga Perry K dan Layla Sania. Mesejnya jelas iaitu memancarkan kegembiraan dari dalam hati selari dengan nilai kebersamaan jati diri kita.

17. Watsons – Pentas Raya Glam

Setiap kali Syawal menjelma, isu baju raya sedondon pasti menjadi topik hangat dalam mana-mana keluarga. Namun, tahun ini Watsons tampil dengan kelainan menerusi Pentas Raya Glam yang bakal membuatkan penonton tak kering gusi.

18. FWD – Bintang Mama

Memaparkan dilema seorang ibu yang berdepan dengan rajuk anaknya, Mika, akibat satu salah faham. Mampukah kemaafan dan penjelasan tulus seorang ibu memujuk kembali hati si kecil di hari lebaran?

Best kan kesemua filem pendek raya tahun ni? Semuanya sarat dengan pelbagai pengajaran dan peringatan. Semoga kita semua mendapat serba sedikit input positif yang setiap filem ni nak sampaikan.

Semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri kita pada tahun ini menjadi sebuah kenangan dan memori indah untuk kita kenang di masa akan datang.

Selamat Hari Raya semua!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Aug 2024
Featured Tue, 2 Dec 2025

“Kalau Tengok Orang Lain Happy, Kita Patut Tumpang Happy & Bersyukur Sebab…” – Amira Othman

Amira Othman mengingatkan orang ramai agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk membanding-bandingkan kehidupan dengan orang lain

Trending Mon, 1 Oct 2018

The New Retirement Age in Malaysia is 95-Years-Old?!

Tun Dr Mahathir said so himself!

Featured Sun, 28 Nov 2021

YouTuber Lakon Semula ‘Squid Game’ Tawar Hadiah Utama RM1.9 juta

Seorang penghasil kandungan di Youtube meniru cabaran dalam permainan drama bersiri popular Netflix, Squid Game, dengan peserta berpeluang memenangi hadiah utama sebanyak $456,000 (RM1.9 juta). YouTuber popular Mr. Beast yang mempunyai 76.4 juta pelanggan berkata, […]

Hiburan Tue, 19 May 2026

Single ‘Berdiri’ Bawa Kisah Kekuatan, Athierah Tampil Dengan Buah Tangan Pertama

Penyanyi baharu Athierah kini tampil mempertaruhkan single sulung berjudul Berdiri.

Luar Negara Mon, 30 May 2022

Schumacher Terbabit Kemalangan Ngeri Di Litar Monaco

Mick Schumacher alami kemalangan kedua di litar Monaco selepas kemalangan di Arab Saudi.

Kisah Viral Sun, 7 Aug 2022
Hiburan Fri, 28 Feb 2025

“Kalau Ada Yang Kata Sekolah Mahal Lebih Bagus, Pada Saya Itu Tidak Betul” – Nad Zainal

Nad Zainal merasakan persepsi sekolah swasta lebih baik berbanding sekolah kerajaan adalah tidak tepat.

error: Content is protected !!