Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 29, 2022 @ 3:41pm

“Sudah 13 Tahun Kami Tidak…” – Ayda Jebat Pujuk Adik Beradik Kolaborasi Dalam Single Raya

Penyanyi Ayda Jebat mendedahkan dia memujuk dua adiknya, Fyna dan Sabira untuk muncul dalam single raya terbaharu berjudul Hari Rayayayaya.

Pertama kali berkolaborasi dalam sebuah single, mereka menamakan gabungan ini sebagai The Jebats.

“Lagu raya ini saya cipta sepenuhnya. Pada mulanya, saya mahu menyanyikan lagu ini sendiri, tetapi selepas difikirkan semula, rasa best juga kalau saya berduet dalam lagu ini. Saya terfikir untuk berkolaborasi dengan dua adik saya, Fyna dan Sabira.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

“Sebelum ini, sewaktu zaman persekolahan, kami bertiga dikenali sebagai kumpulan SASSU. Gandingan ini amat bermakna kerana sudah hampir 13 tahun kami tidak menyanyi bersama. Sebenarnya, susah nak pujuk mereka sebab mereka tinggal di Melaka. Tetapi akhirnya semua dipermudahkan. Adik bongsu kami, Danial juga turut menyumbangkan suara.

“Alhamdulillah, mereka datang ke sini untuk proses rakaman serta penggambaran muzik video (MV). Pengalaman yang diperolehi sangat menyeronokkan dan mereka dapat merasai pengalaman menjadi ‘Ayda Jebat’ apabila terlibat dalam proses rakaman dan penggambaran sehingga ke pagi,” kata Ayda ketika dihubungi XTRA.

Tambah pelantun lagu Mana Ada Hati ini, MV single Hari Rayayayaya tidak hanya tertumpu kepada suasana Syawal, tetapi ia turut memasukkan elemen viral dan komedi.

“Konsep MV bertemakan 60-an selari dengan genre single raya ini. Kami masukkan elemen komedi seperti elemen viral Datuk Seri Vida serta adegan Pak Maon singgah ke rumah terbuka The Jebats.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

“Kami tak nak terlalu tekankan mood raya semata-mata dalam MV ini, jadi kami selitkan babak lucu dan sedikit berbeza. Insya-Allah jika lagu raya ini berjaya, kami akan merancang untuk merakamkan single komersil untuk dirakamkan bertiga,” katanya.

Dengarkan Hari Rayayayaya di semua platform penstriman digital dan tonton MV di saluran YouTube Ayda Jebat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Oct 2025

Betty Rahmad Beri Teguran ‘Makan Dalam’ – “Takut Anak Kena Buli Tapi Mak Bapak Sakan Buli Orang Di Media Sosial”

Betty Rahmad menegur tindakan segelintir ibu bapa yang dilihat memberikan contoh tidak baik kepada masyarakat.

Trending Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Sat, 19 Jul 2025
Trending Mon, 17 Dec 2018

搭飞机时坐到「三角形标志」下的位置,其他人都会超羡慕你!

如果你常搭飞机,是否曾注意到机舱内部有个「三角形标志」呢?

Featured Sat, 1 Nov 2025
Hiburan Wed, 15 Apr 2026

WOWSHOP Sambut Ulang Tahun Ke-10, Kempen ‘WOW 10 You’ Tawar Ganjaran Lumayan

Bagi menghargai sokongan pelanggan, WOWSHOP melancarkan kempen ulang tahun ke-10 bertemakan WOW 10 You.

error: Content is protected !!