Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin January 23, 2025 @ 4:48pm

Melly Goeslaw Kembali Dengan Konsert “Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite” Pilih Tema Busana ‘Dress To Kill’

Setelah sekian lama, Melly Goeslaw akhirnya kembali dengan konsert yang paling dinantikan.

Bintang komposer dan penyanyi terkenal Indonesia ini memulai tahun 2025 dengan pertanyaan penuh kerinduan, “Kalian kangen aku?” dalam sambutan hangat kepada peminat.

Melly bukan hanya sekadar bertanya khabar tetapi juga menunaikan janjinya apabila kembali ke Malaysia untuk menghadiri jemputan ‘Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite pada 31 Mei ini bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil

Seperti konsert sebelumnya, peminat tidak hanya disajikan dengan karya lagu-lagu hitnya tetapi penampilan menganggap konsert ini sebagai satu perayaan yang tidak akan dilupakan.

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur kerana impian Icon Entertainment untuk menyelesaikan tiga siri konsert yang telah dirancang sejak tahun 2023, akhirnya dapat direalisasikan pada 31 Mei 2025. Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite adalah penutup yang sangat bermakna bagi Melly dan kami,” ujar Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.

Dalam pada itu, Iman Tang juga mengumumkan bahawa tema Dress To Kill akan diteruskan sebagai kod pakaian untuk acara ini.

“Anggaplah malam ini sebagai pertemuan semula dengan semua yang telah hadir pada dua konsert terdahulu. Kenakan busana terbaik, paling anggun, dan glamor untuk merayakan malam yang luar biasa,” katanya.

Bagi Melly pula, tidak ada yang lebih penting selain mengajak peminat untuk menghadiri Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite dek kerana konsert tersebut menjanjikan kenangan teindah buat semua penonton yang datang.

“Malam ini akan menjadi kenangan indah yang tidak akan terlupakan oleh kita semua,” tambah Melly.

Untuk info, tiket konsert ini sudah boleh dibeli dengan harga RM 558 (Prom Kayangan), RM 428 (Pesona Malam), RM 328 (Malam Dipagari Bintang), RM 258 (Gala Glamor – Standing), dan RM 228 (Magis Cahaya Bulan) melalui www.ticket2u.com.my.

Informasi Acara:

  • Acara: Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite
  • Artis: Melly Goeslaw
  • Tarikh: 31 Mei 2025
  • Lokasi: Axiata Arena
  • Masa: 8.30 malam
  • Penganjur: Icon Entertainment

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari malam penuh magis ini! Dapatkan tiket anda sekarang dan saksikan momen yang tidak akan terulang lagi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 9 Jul 2019

“Peguambela Tertuduh Sangat Berprofil Tinggi “-Terbela Atau Tidak Kematian Zulfarhan?

Dikatakan berprofil tinggi dan “mahal”, siapa peguambela tertuduh?

Featured Mon, 10 Nov 2025

“Saya Tak Dengar Awak Minta Maaf Lepas Maki Ibu Dia” – PA Dr. Fie Bersuara! Perjelas Situasi Sebenar Isu Babitkan Orang Ketiga

pembantu peribadinya tampil membuka mulut dan mendedahkan situasi sebenar di sebalik kontroversi yang berlaku.

Events Wed, 4 Dec 2019
Trending Fri, 20 Aug 2021

Remy Ishak Bakal Tamatkan Zaman Bujang Sabtu Ini

Kalau dah jodoh tak kemana…♥

Hiburan Sun, 27 May 2018

Al-Fatihah…Pengurus Artis Terkenal Meninggal Dunia

Sam mengendalikan syarikat pengurusan acaranya yang ditubuhkannya. Antara artis yang pernah menggunakan perkhidmatan Sam adalah Anuar Zain, Ning Baizura, Aiman Tino dan ramai lagi.

Featured Wed, 14 Sep 2022
Featured Tue, 20 Aug 2019

4 cara gayakan skirt, anda pasti melangkah dengan bergaya!

Anda pun boleh tampil yakin dengan skirt!

Selebriti Thu, 30 May 2024
error: Content is protected !!