Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari May 30, 2024 @ 5:18pm

Mengaku Miliki Dadah Jenis Heroin, Cliff Umar Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun

Penyanyi Cliff Umar dilaporkan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas dakwaan memiliki heroin Ahad lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Cliff Umar tampil membuat pengakuan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Cliff Umar atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph, 42, didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya pada jam 3.30 petang pada tarikh 26 Mei lalu.

Kesalahan tersebut di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama.

Manakala, jika disabit kesalahan dia boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran membuat permohonan tarikh baharu untuk sebutan laporan kimia dan memberi cadangan untuk dijamin sebanyak RM6,000.

Malah, peguam yang mewakili Cliff Umar turut membuat rayuan memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya itu menanggung isteri dan empat anaknya yang masih bersekolah.

“Anak guam saya bekerja sebagai pemain muzik dengan pendapatan tidak menentu,” katanya.

Susulan itu, mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan laporan kimia ditetapkan semula pada 31 Julai depan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Abai Nafkah Anak-Anak Lebih 10 Tahun! Bekas Isteri Minta Cliff Umar Tunaikan Janji – “Saya Dah Penat”

Artikel Berkaitan: Tidak Beri Nafkah Anak 10 Tahun, Cliff Umar ‘Lari’ Untuk Ditemubual Media

Artikel Berkaitan: Dakwaan Abai Anak… Cliff Umar Kunci Mulut, Tak Mahu Aibkan Sesiapa

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Hidup Susah Bersama 3 Orang Anak, Dakwa Cliff Umar Tak Beri Nafkah – “Biarlah Dia Mati…”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Sajat, Aliff Syukri Bakal Duet Dengan Penyanyi Indonesia?

Dua jutawan kosmetik popular itu dijangka terbang ke Indonesia bagi membincangkan proses menghasilkan single akan datang ini.

Featured Mon, 19 Aug 2024

Pembantu Peribadi Artis Wanita Popular Dibebaskan Dengan Ikat Jamin

Min pun nK tahu juga siapakah artis wanita popular tu ek?

Hiburan Thu, 18 Jul 2019

‘Tak Pernah Saya ‘Menganggur’ Sejak Berlakon’- Fadlan Hazim

Mungkin ada sesetengah pelakon hanya mengambil watak utama, tetapi saya tidak terlalu memilih.

Featured Wed, 17 Dec 2025
error: Content is protected !!