Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 26, 2022 @ 11:26pm

Tidak Beri Nafkah Anak 10 Tahun, Cliff Umar ‘Lari’ Untuk Ditemubual Media

Penyanyi Cliff Umar didakwa ‘melarikan’ diri selepas sebaik sahaja membuat persembahan dengan peserta Terpaling Juara, Aqeesh menerusi lagu Kisah Cinta Kita di TV3, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, pihak produksi memaklumkan Cliff tidak mahu ditemubual oleh media dan segera pulang selepas persembahan itu.

Cliff kemudiannya cuba dihubungi bagi menjawab dakwaan bekas isteri mengenai dia tidak memberi nafkah kepada anak-anak lebih 10 tahun.

Namun, pengurusnya, Anita memberitahu Cliff enggan memberi sebarang komen.

“Cliff enggan beri sebarang kenyataan kerana hal ini terlalu peribadi. Lebih baik untuk dia tidak cakap apa-apa.

Lagipun cerita ini pun setiap tahun ada. Jadi, kami tak mahu keruhkan lagi keadaan,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita yang mendakwa dirinya bekas isteri Cliff mendedahkan penyanyi itu mengabaikan nafkah anak-anaknya.

Ninie atau nama sebenar Zurini Hasbullah terpaksa merayu kepada penyanyi itu untuk bertanggungjawab ke atas anak-anak malah tidak mengendahkan anak-anak ketika mereka sakit.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Didakwa Abai Nafkah Anak-Anak Lebih 10 Tahun! Bekas Isteri Minta Cliff Umar Tunaikan Janji – “Saya Dah Penat”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Khloe Kardashian is Upset at Tristan Thompson Cheating Allegations

How could anyone cheat on their pregnant partner?!

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Featured Thu, 24 Apr 2025

Dibandingkan Dengan Abby Abadi Isu Nafkah, Rita Rudaini Mohon Doakan Yang Terbaik – “Cerita Orang Tak Sama…”

“Sekarang mereka berkata lagi ‘Abby kena belajar jadi macam si polan si polan”- Rita

Trending Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Wed, 17 Apr 2019

BTS ft Halsey’s ‘Boy With Luv’ Shoots Up High on Spotify

Our Oppas are making their way to the top of the charts!

Hiburan Wed, 14 Jan 2026

Isu Gangguan S*ksual: Firdaus Ghufran Hampir Jadi Mangsa, Mohon Keluarga Kepada Pelakon Kanak-Kanak Sentiasa Peka

Aktif di industri lakonan sejak di zaman kanak-kanak, Firdaus Ghufran mendedahkan hampir menjadi mangsa gangguan seksual.

Acara Fri, 28 Oct 2022

Aeril Zafrel Dedah Pernah Setahun Menyamar Jadi ‘Sis’ Gara-Gara…

Pelakon Aeril Zafrel mendedahkan pernah menjadi ‘sis’ ketika mula berjinak dalam perniagaan empat tahun lalu. Tidak mengupah pekerja untuk mengendalikan pesanan serta produk perniagaan, Aeril mengendalikan perkara terbabit bersama isteri, pelakon Wawa Zainal. “Hampir setahun […]

Featured Fri, 9 May 2025
error: Content is protected !!