Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 18, 2019 @ 10:00pm

‘Tak Pernah Saya ‘Menganggur’ Sejak Berlakon’- Fadlan Hazim

Hampir sembilan tahun menelusuri perjalanan sebagai anak seni, Fadlan Hazim, mengakui dirinya masih bergelut untuk membuktikan bakat.

Fadlan berkata, dia tidak kisah terpaksa menanti lama, asalkan namanya diperkatakan kerana bakat dan bukan hal remeh.

Pelakon yang dikenali menerusi drama Hotel Mania, Delina, Dhia Sofea dan Papa Ricky itu berkata, dia pernah berdepan fasa getir apabila hampir empat bulan tidak menerima tawaran, tahun lalu.

Fasa itu, akui Fadlan, hampir membuatkan dia berputus asa hingga pelbagai persoalan hadir mengenai masa depannya dalam industri hiburan.

“Ia membuatkan saya tertanya-tanya sendiri, apakah saya boleh melangkah jauh atau sebaliknya? Ia berpunca apabila nama saya digugurkan sebuah syarikat produksi kerana menemui pelakon lain yang jauh lebih popular untuk watak utama.

“Tidak pernah saya ‘menganggur’ selama itu sejak mula berlakon. Memang saya tertekan, apatah lagi saya bekerja dengan ikhlas, selain menjaga disiplin dan tidak pernah buat hal di lokasi penggambaran.

“Saya bukan artis yang dikenali kerana kontroversi. Boleh dikatakan, nama saya bersih daripada kisah bukan-bukan, tetapi nasib tidak begitu menyebelahi. Mungkin itu dugaan saya.

“Selama ini, saya cuba naik dengan imej bersih kerana saya mahu mempertaruhkan bakat, tanpa diganggu kontroversi,” katanya yang turut menerima pencalonan awal bagi kategori online, Pelakon Watak Antagonis, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 menerusi drama Seribu Rindu.

Pelakon yang bakal muncul dengan filem Sangkar itu berkata, dia juga selesa mencabar diri dengan mencuba pelbagai karakter, termasuk watak antagonis.

“Saya selesa dan terbuka dengan apa sahaja karakter. Mungkin ada sesetengah pelakon hanya mengambil watak utama, tetapi saya tidak terlalu memilih.

“Watak antagonis sebenarnya banyak mencabar diri, malah memberi ruang untuk meneroka sisi baharu dalam lakonan. Dalam Sangkar, saya turut membawa watak jahat,” katanya.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 May 2018

Cabaran Berpuasa Kali Ini Lebih Mencabar – Siti Nurhaliza

Siti akan cuba setakat yang mampu. Jika bekalan susu tidak terganggu dan Aafiyah juga kenyang, rasanya tiada masalah untuk berpuasa seperti biasa.

Hiburan Tue, 24 Sep 2019
Hiburan Tue, 18 Jul 2023
Hiburan Tue, 15 Jul 2025
Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Wed, 29 May 2019

「Beyond 36周年」黄贯中、叶世荣联手824登顶摇滚开唱

36周年Beyond金曲燃情巨献!黄贯中和叶世荣联手,8月24日登顶摇滚开唱!

Featured Wed, 17 Aug 2022
error: Content is protected !!