Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 12, 2023 @ 8:50pm

“Tindakannya Ini Menyebabkan Saya Menjadi Perempuan Keji” – Nurul Shuhada Kecewa Hafidz Roshdi Ubah Fikiran Saat Akhir

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri meluahkan rasa kecewa apabila proses tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) gagal mencapai kata sepakat.

Menurut laporan Berita Harian, ia berikutan tindakan Hafidz yang mengubah fikiran di saat akhir selepas proses perbincangan yang berlangsung selama lebih sejam di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.

Nurul Shuhada berkata, pada mulanya Hafidz bersetuju dengan syarat yang ditetapkan namun berubah fikiran di saat akhir.

“Lama tunggu lebih kurang sejam lebih. Bila sudah dapat keputusan dan menunggu masa menandatangani surat persetujuan, tiba-tiba Hafidz keluar dari bilik perbincangan dan masuk semula dengan berkata tidak setuju.

“Awalnya, Hafidz memang sudah bersetuju nak beri saya menjaga anak-anak dan akur dengan syarat tidak boleh bermalam disebabkan Humairah masih dalam keadaan tidak stabil.

“Bila sudah capai kata sepakat dan saya gembira dengan keputusan, tiba-tiba dia keluar berbincang dengan peguam, kemudiannya masuk semula kata tak setuju.

“Tindakannya ini menyebabkan saya menjadi perempuan keji. Dia memang tiada pendirian,” katanya.

Mengulas mengenai proses Sulh itu, Shuhada memaklumkan Hafidz berada dalam keadaan baik dan tidak memberi reaksi kurang senang dihadapannya dan pegawai yang mengendalikan.

“Sepanjang perbincangan berlangsung, Hafidz kelihatan ceria dan tidak beremosi langsung. Saya tak pandang pun muka dia.

“Apapun terjadi, saya akan terus lawan untuk anak-anak saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nurul Shuhada turut memberitahu bahawa pegawai Sulh ada menasihati Hafidz untuk menghubunginya untuk berbincang soal anak namun pelakon drama Bisik-Bisik Gelora itu enggan.

“Pegawai sulh pesan untuk menghubungi saya berbincang soal anak-anak. Kena ada usaha berhubung untuk bercakap pasal anak.

“Dia jawab tidak akan hubungi saya. Semua melalui peguam,” katanya.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 12 September depan sebagai tarikh sebutan semula prosiding tersebut.

Perbincangan tersebut adalah bagi mendapatkan kebenaran mengenai hak lawatan bersama dua anak mereka iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Aug 2024
Hiburan Wed, 4 Jul 2018

JBL Concert Run「5主题元素关卡」胡鸿钧加入阵容

JBL Concert Run即将于2018年9月15日(星期六)晚上7时,于Sunway Lagoon Surf Beach开跑;胡鸿钧加入阵容演唱会阵容。

Hiburan Sat, 6 Apr 2019

Handphone Jatuh Terus Ganti Baru, Syahrini Dedah Tabiat Suami

Memberitahu suaminya seorang yang sangat pembersih, Reino juga…

Featured Fri, 26 May 2023
Hiburan Sat, 19 Jan 2019
Hiburan Tue, 23 Jan 2018

ORANG KETIGA PUNCA SUFIAN – ELFIRA TAK JADI KAHWIN?

Apapun, Sufian mengharapkan agar peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat hubungannya bersama El

Trending Thu, 3 Jan 2019

‘Fuh, Berhabuk English Budak Ni’, Aishah London Curi Tumpuan Netizen

Dari kecil dia suka spaghetti, pizza, keju. Kalau nasi, dua atau tiga hari sekali sahaja dia makan…

error: Content is protected !!