Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 29, 2019 @ 1:36am

Tiada Niat Tayang ‘Aset’, Jasmine Suraya Terkejut Baca Komen Netizen

Pelakon Jasmine Suraya Chin mengaku terkejut membaca sesetengah komen netizen yang ditinggalkan di laman Instagram.

Kata pelakon berusia 30 tahun ini, imej pakaiannya sering disalah erti oleh netizen dan hal ini membuatkan emosinya ‘terusik’ dengan komen yang adakala keterlaluan.

“ Banyak komen yang ditulis di ruangan sosial media saya datang dari remaja lelaki bawah usia 18 tahun. Kadang-kadang saya sendiri tidak faham apa yang mereka fikirkan.

“ Bukan niat saya nak tunjuk ‘aset’ atau tayang bahagian tidak sepatutnya. Kadang-kadang geram, rasa macam nak balas komen itu balik tapi bila fikir semula, keadaan akan jadi lebih buruk kalau saya berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di sidang media anugerah Makeup Artis di Sunway Putra Mall, semalam.

Mengambil pendekatan untuk abaikan komen-komen yang menjengkelkan, Jasmine hanya fokus kepada hal-hal positif sahaja.

Dalam perkembangan lain, bintang filem Paskal ini bakal kembali ke set penggambaran dalam masa terdekat.

“ Saya dalam proses mempersiapkan diri untuk masuk ke set drama KL Gangster Underworld tidak lama lagi.

“ Saya juga menjalani latihan mempertahankan diri sebelum masuk ke set April ini. Dijangka proses penggambaran bakal mengambil masa selama dua bulan,” katanya yang memiliki jurulatih peribadi bagi memudahkan proses pembelajaran.

Terdahulu, pelakon kelahiran Bumi Kenyalang beragama Kristian ini memaklumkan dia tidak terasa hati kerana sedia maklum ramai tidak tahu mengetahui latar belakangnya.

Wartawan: SGMS Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Bila Ke Panggung Wayang, Jangan PULANG Selagi…

Esok, filem Pulang bakal mula dipertontonkan kepada orang ramai. Karya hebat tulisan Mira Mustaffa ini pasti membuatkan anda tidak mahu berganjak daripada kerusi penonton. Kalau tak percaya, beli tiket esok! Team xtra.com berpeluang menghadiri majlis […]

Events Tue, 14 Apr 2020
Hiburan Tue, 3 Apr 2018
Featured Thu, 5 Jan 2023

[VIDEO] Adira Suhaimi Tebang Rumput Lepas Kena Perli Netizen – “Sejak Bila Jadi Pelawak Pula Ni?”

Wowww! Ahahahaha terus dia potong rumput 🤣 Netizen ni punnn, biaq p la rumah dia 🤣

Hiburan Mon, 17 Feb 2025
Featured Mon, 29 May 2023
Hiburan Wed, 8 Apr 2026

Demi Kesihatan Mental, Mimi Lana ‘Berehat’ Daripada Aplikasi Threads

Mimi turut memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan akaun palsu

Hiburan Sat, 20 Sep 2025
error: Content is protected !!