Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 20, 2025 @ 4:47pm

“Saya Tak Mahu Belajar Setakat SPM Sahaja” – Zarif Ghazzi Bakal Sambung Diploma September Ini

Pelakon muda yang sedang mencipta nama, Zarif Ghazzi, 21, berkongsi berita gembira bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Cyberjaya bermula September ini.

Menurut Zarif, hasrat untuk menyambung pengajian sudah lama disimpan dan akhirnya tercapai selepas beberapa percubaan terdahulu tidak membuahkan hasil.

“Insya-Allah, bulan September ini saya akan sambung belajar di peringkat diploma. Saya akan mula belajar di Universiti Cyberjaya dalam jurusan pentadbiran perniagaan.

“Sejak mula dalam bidang seni, saya sentiasa buat permohonan ke universiti, tapi belum ada rezeki. Alhamdulillah kali ini diterima,” katanya.

Zarif berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Melodi Terhangat Superstar Tour Penang bersempena Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) yang berlangsung di AEON Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

Meskipun bakal memulakan pengajian tidak lama lagi, Zarif menegaskan komitmennya terhadap kerjaya lakonan tidak akan terjejas memandangkan kursus yang diambil adalah secara separuh masa.

“Kerjaya seni saya masih berjalan seperti biasa. Jadual kerja memang akan sibuk, tapi saya akan beri keutamaan kepada pengajian dalam tempoh beberapa tahun ini.

“Tapi jangan risau, saya tak ke mana atau menyepi, masih aktif dalam industri dan tetap berlakon,” katanya.

Bercerita lebih lanjut, pelakon berasal dari Johor itu menjelaskan keputusannya menyambung pelajaran dibuat atas kehendak peribadi dan bukan disebabkan tekanan daripada sesiapa.

Bagi Zarif, pendidikan adalah pelaburan jangka panjang yang penting dalam kehidupan.

“Saya memang nak belajar dan ada sekurang-kurangnya segulung diploma. Tak nak berhenti setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja.

“Bukan bermakna SPM tak bagus, tapi kalau boleh biarlah ada diploma dan ijazah juga. Semua ini saya buat atas kehendak sendiri,” katanya.

Dalam AMT 2025, Zarif tercalon dalam kategori Selebriti Newcomer Terhangat bersama sembilan calon lain iaitu Fitri Farok, Muaz Zabir, Jazmy Juma, Siti Hariesa, Shaza Bae, Puteri Khareeza, Sharifah Rose, Alya Iman dan Amir Ahnaf.

Undian AMT 2025 kini dibuka hingga 31 Julai 2025! Sokong calon terhangat pilihan anda dengan mudah, layari www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat.

Acara kemuncak AMT 2025 akan berlangsung pada 3 Ogos 2025, tepat jam 9 malam secara langsung di TV3, dengan penstriman eksklusif menerusi platform Tonton.

Dalam pada itu, drama lakonan Zarif, Hilang Dalam Rindu kini bersiaran di slot Samarinda TV3.

Menampilkan lakonan Zarif bersama Tracie Sinidol, Jazmy Juma dan ramai lagi, saksikan drama bersiri ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Mar 2020
Hiburan Fri, 14 Nov 2025

Mickey Ayo Dedah Detik Awal Perkenalan Dengan Nora Danish – “Saya Bergurau Bila Cakap…”

Mickey Ayo sifatkan Nora Danish wanita tak kuat merajuk, ada ‘heart of steel’

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Featured Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Fri, 10 May 2019

‘Dia Tak Tahu Sebelah Dia Tu Bakal Suami’- Fahrin Ahmad Kongsi Gambar Lama Dengan Isteri

Semoga Fahrin Ahmad dan Elena sentiasa bahagia didunia dan diakhirat

Hiburan Fri, 26 Sep 2025

“Tak Minat, Tak Apa” – Dikritik ‘Syok Sendiri’ Mahu Anjur Mini Konsert, Nourul Depp Tenang Bidas Netizen

Nourul Depp hargai keprihatinan netizen yang bimbang tiket konsert tidak laku

Hiburan Sun, 14 Dec 2025

Berlangsung Meriah, Festival Tarian Etnik Borneo 2025 Satukan Warisan & Generasi

Festival Tarian Etnik Borneo 2025 yang berlangsung dari 5 hingga 7 Disember lalu berjaya menghimpunkan kira-kira 500 penari, koreografer serta penggiat budaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

error: Content is protected !!