Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 9, 2024 @ 12:54pm

Bersedia Untuk Gelak Ketawa Bersama Jabatan Call Centre, Saksikan Di TV3 & Tonton!

Ketawa merupakan antara satu terapi yang terbaik sekiranya kita berada dalam keadaan stress atau sedih. Jangan risau kerana ada cara mudah untuk kita mengatasi perkara tersebut dengan gelak ketawa bersama ahli keluarga anda hanya dengan menonton program sitkom terbaharu, Jabatan Call Centre (JCC)!

Gelagat mereka yang lucu kerana bekerja di bawah syarikat yang sama pastinya akan mencuit hati penonton bermula pada 9 Ogos 2024 ini, setiap hari Jumaat, pada pukul 10.00 malam di TV3 atau strim di Tonton melalui www.tonton.com.my. Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Penonton akan dihiburkan dengan barisan pelakon berpengalaman seperti Rita Rudaini, pelakon yang muda dan hebat seperti Izzue Islam, Andi Bernadee, Shiha Zikir dan bakat baharu Aya Amiruddin kerana keletah mereka bakal membuatkan penonton tidak kering gusi!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Sebagai pelanggan, kita semestinya mempunyai pelbagai masalah atau konflik apabila membeli barang. Maka di sinilah munculnya JCC sebagai penyelamat yang akan menawarkan bantuan kepada pelanggan!

JCC menawarkan khidmat pelanggan yang menghadapi pelbagai isu ketika membeli tidak kira masalah kecil atau besar, JCC akan tetap cuba menyelesaikan masalah pelanggannya. Berjayakah mereka menyelesaikan segala konflik yang menimpa mereka?

Aya Amiruddin yang merupakan pempengaruh kini buat kali pertama akan memainkan watak utama di kaca televisyen sebagai Hidayah. Hidayah merupakan seorang yang energetik, tegas dan sentiasa mempunyai ideanya yang tersendiri dalam menyelesaikan masalah. Hidayah juga merupakan seorang yang paling rapat dengan majikannya.

Majikannya pula, Rozy (Rita Rudaini) atau dipanggil dengan gelaran Boss Rozy merupakan seorang wanita yang sentiasa menjaga penampilan serta seorang majikan yang sangat tegas dengan pekerjanya. Rozy mempunyai seorang setiausaha yang” skema” (nerdy) , Seri (Andi Bernadee). Seri merupakan seorang peminat setia slot Akasia dan sangat menjaga kebersihan di pejabat.

Lebih terhibur apabila Shiha Zikir memainkan watak sebagai Bashira, seorang kakitangan (receptionist) yang sentiasa aktif. Minatnya dia terhadap sukan turut mempengaruhi dirinya dalam cara pemakaian ke pejabat dan pemikirannya yang menerapkan taktik sukan dalam menyambut panggilan di JCC.

Izzue Islam pula melakonkan watak Zaharudin, seorang lelaki yang sentiasa cool dan tenang. Pendirian Zaharuddin adalah sebesar mana pun masalah yang dialami, pastinya ada jalan penyelesaian. Zaharudin memainkan peranan penting dalam pejabat kerana kebolehan beliau pakar dalam pelbagai bidang seperti bidang teknikal, kemahiran komputer, membaiki tandas, elektrikal, bertukang dan sebagainya.

Di JCC juga, pelanggan tidak digalakkan datang untuk membawa barang yang bermasalah dan perkara ini telah ditegaskan oleh Rozy semasa mesyuarat. Rozy ingin mengajar semua kakitangan untuk mengelakkan pelanggan datang kerana semua proses pemulangan barang rosak harus dilakukan melalui pos sahaja.

Namun, terdapat juga pelanggan yang suka datang secara ‘walk-in’ ke JCC. Ingin mengetahui apakah yang bakal berlaku pada episod pembukaan? Adakah anda bersedia bergelak ketawa bersama keluarga?

Ayuh luangkan malam minggu anda melayani kerenah pekerja Jabatan Call Centre (JCC) yang bersiaran bermula pada 9 Ogos 2024, setiap hari Jumaat, pada pukul 10.00 malam atau strim di Tonton melalui www.tonton.com.my. Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Apr 2021

“Kami Rayu Budi Bicara KKM” – Bukan Lagi RM 50,000 Nilai Kompaun Peniaga Burger Diteliti Semula

Berikutan tular isu peniaga burger yang dikompaun 50,000, pihak polis meneliti semula kompaun yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger di Pengkalan Chepa, Kelantan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi melebihi masa yang […]

Featured Mon, 4 Jun 2018

Baju Melayu Zebra Dikritik, Amir Kadir Berterima Kasih Kepada Netizen Bikin Bajunya Laku

Biasalah, bila dikecam, mestilah dia mendapat perhatian ramai.

Featured Sat, 24 May 2025

Kerap ‘Overthinking’, Shuib Dedah ‘Sakit’ Kehilangan Bintang – “Bila Watie Pregnant, Saya Jadi Takut Hilang Dia”

Shuib Sepahtu, meluahkan rasa sedih dan sayu selepas kehilangan anak dalam kandungan isterinya.

Hiburan Wed, 25 Oct 2023

Menggeletar Dengar Kata-Kata Tok Ram, Rasa Ditertawakan Netizen… Aina Abdul Sedar Diri, Lebih Bersemangat Terbitkan Imaji

Tahniah Aina! Akhirnya Aina buktikan Aina pun boleh keluarkan album❤️ Dapatkan Imaji segera geng✌🏼

Trending Mon, 9 Aug 2021

“Siti Sarah Mengalirkan Air Mata Ketika Nazak” – Shuib Akui Sempat Buat Panggilan Video Terakhir

Suami yang juga pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi momen terakhir bersama isterinya, Allahyrham Siti Sarah dengan membuat panggilan video untuk terakhir kalinya ketika Siti Sarah 36, sedang nazak di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor […]

Trending Thu, 3 Dec 2020
Trending Wed, 16 Oct 2019

19 Kad Ucapan Hari Lahir Khas Buat Anak!

Untuk anak tercinta kerana Dah Tahu Nak ‘Pergi’,

Hiburan Sat, 30 Mar 2019

Fasha Sandha Sah Milik Aidil Aziz, Selamat Pengantin Baru!

Semoga kalian berbahagia sehingga hujung nyawa, Amin…

error: Content is protected !!