Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 14, 2025 @ 3:44pm

Berlangsung Meriah, Festival Tarian Etnik Borneo 2025 Satukan Warisan & Generasi

Festival Tarian Etnik Borneo 2025 yang berlangsung dari 5 hingga 7 Disember lalu berjaya menghimpunkan kira-kira 500 penari, koreografer serta penggiat budaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Pengerusi Pertubuhan Peragaan Seni Native Borneo Sabah (PPSNBS), Mohd Fazil Ajak, menyatakan rasa terharu apabila festival tersebut menerima sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menurutnya, penganjuran festival itu membuktikan bahawa tarian bukan sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya lambang jati diri dan penghubung antara generasi. Festival ini juga dilihat sebagai platform penting dalam meraikan serta mempertahankan warisan budaya Sabah dan Sarawak agar terus relevan.

Mohd Fazil turut merakamkan penghargaan kepada MOTAC atas kepercayaan yang diberikan terhadap usaha mempromosi dan memelihara seni budaya negara. Katanya, sokongan tersebut menjadi pemangkin kepada PPSNBS untuk terus komited mengangkat warisan seni Borneo ke peringkat antarabangsa.

Festival berkenaan mencatat pencapaian tersendiri apabila berjaya menarik kehadiran pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus menyatukan komuniti serta memartabatkan identiti budaya Borneo melalui seni tari.

Persembahan yang dipersembahkan oleh kumpulan penari profesional dan bakat muda tempatan nyata memukau penonton. Setiap persembahan mewakili budaya dan suku kaum berbeza dari Borneo, sekali gus menonjolkan kekayaan kepelbagaian warisan etnik di rantau ini.

Gabungan tarian kontemporari dan persembahan yang mengangkat kisah nenek moyang membuktikan seni tradisi terus berkembang seiring peredaran zaman. Bukan sahaja kekal relevan, malah semakin dinamik dan kreatif.

Penganjuran festival ini turut berjaya mengetengahkan keunikan tradisi etnik seperti Kadazan-Dusun, Murut, Bajau, Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau dan pelbagai lagi kepada khalayak yang lebih luas.

Secara keseluruhan, Festival Tarian Etnik Borneo 2025 memberi sumbangan signifikan dalam memperkukuh ekosistem kebudayaan negara. Melalui pendekatan pendidikan warisan, ia turut membuka ruang pendedahan besar kepada bakat tarian tempatan.

Perkembangan ekonomi kreatif menerusi festival sebegini dilihat mampu menjana peluang pekerjaan, merancakkan sektor pelancongan, memperkukuh diplomasi kebudayaan, memperluas kerjasama antarabangsa serta membuka jalan kepada persembahan di peringkat global.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Nov 2024

Aaron Aziz Bengang, Duit Perniagaan Isteri Disonglap Puluhan Ribu – “Kau Keji, Hipokrit, Biadap, Pendusta & Tak Bersyukur”

Aaron memaklumkan dia berasa sangat kecewa dan marah apabila wanita terbabit tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan isterinya.

Hiburan Wed, 14 Feb 2018

TONTON BAKAL PERKENAL WAJAH BAHARU, ANDA PILIH!

Tonton bakal memilih wajah-wajah barunya untuk tahun 2018 menerusi undian pembaca

Featured Tue, 24 Dec 2024

“Selagha Atau Sehina Mana Pun, Tetaplah Doa Pada Allah”- Imbau Dosa Sepanjang 40 Tahun, Nazim Othman Kongsi Nasihat UAI

Hati saya pernah terjentik apabila saya merasakan hidup saya sudah tidak lama lagi di dunia ini – Nazim Othman

Trending Mon, 21 Jun 2021
Featured Sat, 7 May 2022

“Kak Iti Boleh, Tokti Boleh…” – Ini Respons Siti Nurhaliza Mengenai Isu Panggilan Nama

Siti sendiri tak kisah nak panggil beliau Tokti dan isu ini hanya perkara remeh baginya…

Featured Wed, 14 Jan 2026

“Always Put Yourself In Other Shoes” – Netizen Puji Sikap Rita Rudaini Pejuang Hak Pendidikan Anak-Anak & Ibu Bapa

Kelantangan dan keberanian pelakon versatile, Rita Rudaini dalam memperjuangkan hak ibu bapa dan anak-anak khususnya dalam isu pendidikan terus menerima sokongan positif daripada netizen.

error: Content is protected !!