Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 24, 2024 @ 2:53pm

“Selagha Atau Sehina Mana Pun, Tetaplah Doa Pada Allah”- Imbau Dosa Sepanjang 40 Tahun, Nazim Othman Kongsi Nasihat UAI

Pelakon Nazim Othman berkongsi pengalamannya sepanjang perjalanan menuju majlis ilmu baru-baru ini menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Kata Nazim, selain lewat sampai ke lokasi dia juga tidak menemui arah untuk menuju ke dewan dimana berlangsungnya majlis ilmu tersebut.

Namun, setibanya di dewan berkenaan, dia berasa bersyukur dan teruja apabila diberikan tempat duduk dibarisan hadapan pentas majlis ilmu berlangsung.

Lebih menariknya, Nazim turut diberikan peluang untuk duduk semeja dengan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sekaligus aktor itu mengambil peluang untuk bertanyakan tentang kemusykilannya mengenai apakah amalan yang boleh dilakukan untuk mengahapuskan dosa-dosanya selama usia 40 tahun ini.

“Apabila saya sendiri, saya selalu bercakap dengan Allah tentang pengakuan terhadap dosa-dosa saya.

“Hati saya pernah terjentik apabila saya merasakan hidup saya sudah tidak lama lagi di dunia ini.

“Bila terkenang dosa pahala sepanjang 40 tahun ini, saya jadi sayu mengenangkan amalan-amalan saya yang terlalu sikit,” katanya.

Mendengar soalan yang diberikan, Ustaz Azhar menasihatkan agar Nazim mendirikan Solat Taubat dan bacaan Sayyidul Istighfar sebanyak 100 kali.

“Awak balik, awak search Sayyidul Istighfar.

“Awak bangun malam, sembahyang sunat taubat dan baca sayyidul istighfar 100 kali, insyaa- Allah,” kongsinya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 May 2020
Hiburan Thu, 15 Nov 2018
Trending Fri, 6 Apr 2018

PM Umum Parlimen Bubar Esok

Perdana Menteri menasihati semua Ketua Menteri dan Menteri Besar kecuali Sarawak, menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Bukan Neelofa…Tetapi LOPAK!

Fashionista Neelofa versi ‘mampu milik’ …

Trending Wed, 7 Apr 2021

Usia Bukan Halangan Fhan Untuk Jadi Penyanyi & Rapper

Penyanyi baru, Fhan bermula sebagai penyanyi dan rapper profesional tahun lalu di usia 30 tahun. Namun, bagi Fhan, dalam berkarya soal usia bukanlah perkara penting asal saja seseorang itu mempunyai minat dan bakat. Malah, Fhan, […]

Trending Fri, 16 Jul 2021

Agents’ Arena – Siri Permainan Digital Interaktif Terbaru Dari Dunia Ejen Ali

Mencari aplikasi permainan mudah alih yang lebih interaktif untuk menemani anda sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Terkini, siri popular animasi Ejen Ali The Movie telah melancarkan sebuah permainan mudah alih yang terbaru. Aplikasi permainan maya […]

Hiburan Sun, 5 Dec 2021

Siti Nordiana, Iman Troye, Noraniza Idris & Bunga Antara 10 Terakhir Yang Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36 – Jom Semak SENARAI LENGKAP 30 Lagu Yang Layak!

Selepas 10 lagu pertama diumumkan pada 21 November lalu dan 10 lagi lagu diumumkan pada 28 November lepas, 10 lagu terakhir yang mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 diumumkan sebentar tadi. Berakhirlah sudah […]

error: Content is protected !!