Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 21, 2026 @ 7:19pm

Sempena Hari Bapa, Luqman Podolski Tampil Dengan Kisah Jarang Diperkatakan Menerusi Single ‘Ayah’

Bersempena sambutan Hari Bapa, penyanyi dan pencipta lagu Luqman Podolski tampil dengan single terbaharu berjudul Ayah, ciptaan Kim Manul dan diterbitkan di bawah label Sony Music Malaysia.

Berbeza dengan kebanyakan lagu bertemakan bapa yang sering menonjolkan kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah, Ayah memilih jalan berbeza dengan mengangkat sisi kehidupan yang jarang dibicarakan secara terbuka. Lagu tersebut menyentuh tentang kesan emosi yang ditinggalkan oleh seorang bapa yang gagal memainkan peranan sewajarnya dalam keluarga.

Menurut Luqman, karya itu dihasilkan berdasarkan realiti yang dilalui oleh segelintir masyarakat dan bukan sekadar cerita yang direka.

“Tak semua orang membesar dengan memori yang indah bersama ayah mereka. Ada yang menyimpan luka, rasa kecewa dan pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

“Saya tidak menghasilkan lagu ini untuk menyalahkan sesiapa, sebaliknya mahu mereka yang pernah melalui situasi seperti ini tahu bahawa mereka tidak bersendirian dan suara mereka juga wajar didengari,” katanya.

Luqman berkata, sesebuah karya seni tidak seharusnya hanya tertumpu kepada kisah-kisah bahagia semata-mata, sebaliknya turut berperanan sebagai medium untuk merakam realiti kehidupan yang sebenar.

Jelasnya, pelbagai isu seperti konflik emosi, cabaran kekeluargaan dan pengalaman pahit yang membentuk perjalanan hidup seseorang juga wajar diketengahkan menerusi muzik.

Malah, pendekatan sedemikian bukanlah sesuatu yang asing dalam industri muzik antarabangsa apabila ramai artis terkenal, khususnya dalam genre hip hop dan rap, menggunakan karya mereka sebagai medium meluahkan perasaan serta membincangkan isu sosial yang jarang dibicarakan secara terbuka.

Melalui Ayah, Luqman bukan sahaja mempersembahkan sebuah lagu, malah membuka ruang perbincangan mengenai isu kekeluargaan yang sering dipendam oleh ramai individu.

Karya tersebut juga membuktikan bahawa muzik bukan sekadar hiburan, tetapi mampu menjadi cerminan kehidupan serta mewakili suara mereka yang pernah melalui pengalaman yang sama.

Single Ayah terbitan Sony Music Malaysia kini boleh didengari di semua platform penstriman digital utama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 4 Aug 2020

Permohonan e-Penjana RM50 Tidak Lulus? Ikuti Langkah-Langkah Ini..

Buat korang yang tak lulus e-Penjana, wajib baca!

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Trending Fri, 9 Feb 2018

10张错觉照片挑战你的视觉神经

「视觉错觉」是指视觉欺骗我们的大脑,感知到的物体的尺寸和颜色不同于真实的物体的情况。在网路中,有许许多多这样的例子,现在我们列出一些图片,你会看到不同的东西,一起来挑战你的大脑,去发现被欺骗的那些现象吧!

Trending Tue, 11 Jun 2019
Trending Tue, 7 Nov 2023
Trending Mon, 5 Apr 2021

Individu Cuba Rentas Negeri Sempena Ramadan Bakal Berdepan Tindakan Saman

Tiada lagi tolak ansur bagi mereka yang gagal tunjukkan bukti rentas negeri

Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Eizlan Yusof, Natasha Rosa Sah Bergelar Suami Isteri

Alhamdulillah…tahniah buat pasangan ini!

error: Content is protected !!