Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 5, 2021 @ 6:45pm

Individu Cuba Rentas Negeri Sempena Ramadan Bakal Berdepan Tindakan Saman

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim hari ini menegaskan mana-mana individu yang didapati cuba merentas negeri untuk balik ke kampung bagi menyambut hari pertama Ramadan akan dikenakan tindakan saman.

Pemeriksaan ketat di semua sekatan jalan raya  (SJR)di sempadan negeri akan dipertingkatkan dan hanya mereka yang mempunyai dokumen sahaja akan diluluskan dan dibenarkan meneruskan perjalanan.

“Sekiranya anggota atau pegawai polis mengesan individu cuba merentas negeri untuk balik ke kampung, tiada nasihat lagi…ambil tindakan terus”katanya selepas Majlis Pelancaran Program Satu Taman Satu Polis Dan Fokus Polis Diraja  Malaysia Melaka 2021.

Usaha dalam meminimumkan pergerakan

Menurut Datuk Zainal Abidin, hujung minggu ini akan terdapat peningkatan pergerakan di jalan atau lebuh raya untuk pulang ke kampung bagi meraikan sambutan Ramadan memandangkan tahun lepas masyarakat tidak dapat pulang ke kampung akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).

Justeru itu, pertambahan jumlah sekatan jalan raya akan dilakukan bergantung kepada jumlah kes harian.

“Sekiranya jumlah kes itu meningkat, kita akan tambah SJR dalam usaha meminimumkan pergerakan individu  atau kenderaan agar penularan Covid-19 dapat di tangani” Tambahnya.

 

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Jan 2024

Pengsan Akibat Vertigo, Fizo Omar Sahkan Punca Selepas Menjalani MRI

Allahu risaunya nasib bukan masa drive ke, pegang anak ke

Hiburan Tue, 19 Dec 2023
Hiburan Sun, 21 Jul 2024
Featured Tue, 4 Oct 2022
Hiburan Thu, 12 Dec 2024
Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Trending Wed, 8 Jul 2020

[TERKINI] Warga Asing Burukkan Imej Malaysia Akan Diusir Serta Merta

Jangan sebarkan fitnah, periksa dan fikir terlebih dahulu!

error: Content is protected !!