Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 21, 2024 @ 6:31pm

Konsert Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur Gegarkan Megastar Arena Pada 28 September Ini

Pasangan ‘Ada’ yang sedang ‘top’ dari negara seberang, Afgan dan Lyodra, bakal menghiburkan peminat-peminat kesayangan mereka di Malaysia dalam sebuah konsert yang epik berjudul ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’.

Bakal berlangsung pada 28 September 2024 ini, konsert gabungan dua penyanyi hebat ini bakal diadakan di Megastar Arena, Kuala Lumpur.

Setakat ini, segala-galanya masih lagi teka-teki dan segala persoalan bakal terjawab dalam sebuah sidang media khas yang bakal diadakan pada bulan Ogos nanti.

Tiket dijual bermula RM258 sehingga RM588 manakala tiket VIP dijual dengan harga RM588 sehingga RM1,488.

Istimewanya buat pembeli kategori tiket Ada VVIP, anda berpeluang ke sesi ‘meet & greet’, bakal menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard dan juga sajian makanan serta minuman ringan.

Untuk mendapatkan segala informasi konsert serta pembelian tiket, layari laman web www.ticket2u.com.my/afganlyodra.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Hiburan Thu, 27 Jul 2023
Featured Tue, 5 May 2026

Enggan Dituduh Penakut, Nubhan Tampil Pertahan Diri – “Banyak Sangat Fitnah! Makin Diam, Makin Menjadi”

Nubhan mengakui timbul pelbagai fitnah yang berlaku sebelum ini sehingga memaksanya untuk tampil mempertahankan diri.

Featured Tue, 20 Dec 2022

Sarah Suhairi Sebak Terkenang Arwah Rudy Imran – “Dia Banyak Tolong Saya, Tak Mampu Nak Balas”

Arwah Rudy Imran banyak naikkan nama Sarah pada awal karier.. Al-fatihah buat Rudy Imran

Hiburan Wed, 24 Jul 2019
Hiburan Mon, 29 Apr 2019

MV Terbaru Taylor Swift “ME!” Catat Tontonan Tertinggi Di Youtube Dalam Masa 24 Jam

Taylor Swift sekali lagi mencipta magis apabila  berjaya mendapat tontonan tertinggi di Youtube menerusi muzik video terbaru beliau,’ME!’. 

Trending Thu, 1 Oct 2020

Semua Negeri Kini Diklasifikasikan Sebagai Zon Kuning

Tingkatkan kawalan kendiri dan patuh SOP

error: Content is protected !!