Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 15, 2023 @ 5:45pm

[VIDEO] Anis Suraya Nyanyi Lagu Cinta Tersimpul Rapi Curi Tumpuan, Ramai Terubat Rindu – “Merdu Sangat Macam Dalam Recording”

Penyanyi popular era 90-an, Anis Suraya mencuri tumpuan warga maya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan Anis Suraya mendendangkan lagu hits nyanyiannya iaitu Cinta Tersimpul Rapi.

Lebih menarik, Anis Suraya atau Tengku Ani Soraya Tengku Abdullah Sulaiman, mendendangkan lagu tersebut secara spontan di sebuah majlis.

Ternyata nyanyian ibu kepada lima cahaya mata itu memukau tetamu yang hadir dengan lontaran vokal yang cukup merdu.

“Ya Allah sedapnya suara sampai terketar-ketar saya ambil video. Terpukau dan terpesona.

“Anak gadis pun cantik sangat ikut ibu dia. Dapat pula suami handsome, penyayang dan supportive. You deserve all the appreciation.

“Kak Anis Suraya memang penyanyi wanita legend nombor satu Terengganu,” tulis individu tersebut teruja.

Nyanyian Anis Suraya tersebut ternyata mengubat kerinduan peminat untuk melihatnya kembali mengabdikan diri dalam bidang seni.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dan 43,000 tanda suka.

Difahamkan kakak kepada penyanyi Shawn Baharin itu kini bergelar seorang pensyarah dan guru vokal di sebuah Universiti.

Anak perempuan sulung Anis iaitu Puteri Elisya Farzana yang berusia 16 tahun mewarisi bakat ibunda tersayang dalam bidang nyanyian.

Memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada tahun 1996, Anis Suraya pernah merangkul gelaran Juara Voice of Asia 2000 sekaligus mengharumkan nama negara di bumi Kazakhstan.

Untuk info, Anis merupakan sepupu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Mizan Al-Muktafi Billah Shah. Almarhum ayahanda, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Sri Laksamana Raja merupakan bapa saudara kepada KDYMM Tuanku.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 9 Jul 2021

“Sihat Dan Sakit Ni Allah Yang Tentukan…” Hafiz Suip Jawab Teka Teki Berkenaan Masalah Kesihatan

Semoga Hafiz baik-baik saje.. Rindu tengok Hafiz kat stage nyanyi ♡

Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Cedera Di Set Penggambaran, Bintang K-POP Ini Terima 30 Jahitan

Menurut syarikat pengurusan, G-Tree Creative, aktor berkenaan sedang menjalani penggambaran drama The Last Empress ketika kejadian itu berlaku.

Featured Mon, 20 May 2024

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Polis Dedah Fotofit Suspek

Moga penjenayah dapat ditangkap dengan kadar segera💪🔥

Featured Thu, 9 Feb 2023

[VIDEO] “Tolong Eh, Jangan…” – Zizan Razak Marah Individu Tanya Soal Khai Bahar Pada Hawa Rizwana?

Amboiii Zizannn, kalau suka bagi tahu terus 🤪🤪 Nanti terlepas.. Hihiii

Hiburan Sun, 28 Apr 2019
Hiburan Fri, 6 Sep 2024
Events Sat, 1 Dec 2018

麦玲玲自嘲像老夫子!预测马国明拿奖运差一些

香港著名风水师麦玲玲来马拍摄节目,清一色服装打扮的她自嘲像老夫子!“颜色都一样,只是款式不同而已。”

Hiburan Thu, 25 Apr 2019
error: Content is protected !!