Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi February 9, 2023 @ 8:39am

[VIDEO] “Tolong Eh, Jangan…” – Zizan Razak Marah Individu Tanya Soal Khai Bahar Pada Hawa Rizwana?

Gelagat pelakon dan pelawak, Zizan Razak di sebuah siaran langsung aplikasi TikTok bersama pelakon dan pengacara, Hawa Rizwana mencuri perhatian ramai.

Berdasarkan video yang telah disunting oleh pengguna di TikTok, terdapat individu yang bertanya mengenai keberadaan penyanyi, Khai Bahar kepada Hawa.

Tidak berdiam diri, Zizan tampil menjawab komen netizen berkenaan yang meminta individu tersebut tidak bertanya soal Khai kepada aktres jelita itu.

“Eh, masuk live ni tak payah tanya Khai lah. Tolong eh, jangan tanya Khai,” katanya.

Dalam video sama, Hawa yang sedang bersenam menggunakan alatan treadmil itu hanya mampu ketawa atas reaksi Zizan itu.

Bagaimanapun, dipercayai Zizan hanya bergurau dan tidak bermaksud perkara sedemikian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Zizan untuk segera memetik hati Hawa sebelum diambil oleh orang lain.

Sebelum ini, Zizan dan Hawa menjadi sebutan ramai selepas perkongsian dan kapsyen pelawak tersebut seakan memberi bayangan bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Saya Terkejut, Bawa Bertenang Semua” – Zizan Razak Perjelas Foto Bersama Hawa Rizwana

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 100,000 tontonan, 3,000 tanda suka dan 60 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 28 Aug 2018

6 Absolutely True Signs That Merdeka is Near

You can count in Malaysia Day too at this rate.

Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Siapa Sangka G-Dragon Semakin Gemuk!

Walaupun gemuk, G-Dragon tetap handsome kan? Siapa setuju? Saranghae Oppa…

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

“MARUAH DI MANA NAK LETAK KAMJAT” – SHARNAAZ AHMAD KOMEN ISU FARID KAMIL

Diana Danielle mengakui beliau sendiri terkejut dengan penahanan suaminya itu dan enggan mengulas dengan lebih lanjut isu ini

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Sedih IG 23 Juta DiGodam

Mangsa terbaharu pihak tidak bertanggungjawab apabila laman sosial Instagram peribadi pelakon Janna Nick, 22, pula digodam sejak petang Khamis. Kata Janna, akaunnya itu tidak boleh diakses selain gambar dimuatnaik dan profil yang diikutinya hilang secara tiba-tiba.  […]

Trending Wed, 3 Mar 2021
Trending Fri, 22 Dec 2017

8 THINGS MALAYSIANS LOVE ABOUT THE CHRISTMAS SEASON

Christmas isn’t just a celebration for the Christians but also a wonderful holiday for everyone.

Trending Wed, 2 Sep 2020
error: Content is protected !!