Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal December 2, 2017 @ 1:15pm

Sedih IG 23 Juta DiGodam

Mangsa terbaharu pihak tidak bertanggungjawab apabila laman sosial Instagram peribadi pelakon Janna Nick, 22, pula digodam sejak petang Khamis. Kata Janna, akaunnya itu tidak boleh diakses selain gambar dimuatnaik dan profil yang diikutinya hilang secara tiba-tiba. 

“Akaun Instagram saya tidak dapat diakses pada petang semalam (Khamis) dan dipercayai digodam. Sedih apabila gambar-gambar yang ada hilang kerana di situ laman saya berkongsi banyak perkara dengan peminat. 

“Sekarang ini, saya dalam usaha untuk mendapatkan semula akaun tersebut,” ujar Janna yang sedih apabila laman Instagramnya digodam individu tidak bertanggunjawab. 

Sehingga kini, akaun yang memiliki lebih tiga juta pengikut itu masih belum pulih. Malah, hanya ada sekeping gambar yang dimuatnaik dengan kapsyen “Aku yang dulu bukanlah yang sekarang”. 

Rata-rata pengikut meninggalkan komen meminta penggodam memulangkan semula akaun tersebut kepada pelakon ‘My Coffee Prince’ itu. 

Sementara itu dalam perkembangan lain, Janna memaklumkan yang muzik video lagu terbaharunya berjudul ‘Akan Bercinta’ telah pun dilancarkan di laman YouTube malam semalam. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 May 2025
Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Vroom Vroom Lebih Sesuai Untuk Ara Johari, Apa Komen Nabila Razali?

Jika dilihat pada muzik video lagu Vroom Vroom di Youtube, rata-rata netizen meninggalkan komen memberitahu lagu ini lebih sesuai dinyanyikan oleh penyanyi Ara Johari. Bagi Nabila Razali yang merupakan pelantun lagu ini, dia tidak berkecil […]

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Walau Sibuk Dengan Penggambaran Filem Di Korea, Jaa Suzuran Tetap Komited Urus Sukan Pertarungan

Sepanjang penggambaran filem Tiket Sehala, mental dan fizikal Jaa Suzuran sentiasa bekerja keras membahagikan fokus antara lakonan dan komitmen menguruskan sukan tempur.

Hiburan Wed, 27 May 2026

Kuala Lumpur Sasar Jadi Destinasi Konsert Utama Asia Menerusi KL Headline Season 2026

Kuala Lumpur kini semakin mencuri perhatian sebagai antara destinasi utama dalam rangkaian jelajah muzik langsung Asia apabila semakin banyak artis antarabangsa memilih ibu kota Malaysia sebagai lokasi konsert berskala besar mereka.

Hiburan Sun, 3 Dec 2017

Bukan Rampas, Hanya Tumpang Kasih Kata Izreen Azminda

Izreen Azminda mengakui akur dengan cemuhan orang ramai yang melabel dirinya sebagai perampas dan meruntuhkan kebahagian rumahtangga orang lain.

error: Content is protected !!