Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 19, 2025 @ 3:55pm

“Anak Dara Pernah Cuba Sondol, Saya Mogok Bawa diri” – Isteri Aliff Syukri Buka Kisah Lama Rumah Tangga Diganggu Orang Ketiga

Isteri kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, mengimbau satu episod panas yang pernah melanda rumah tangga mereka suatu ketika dahulu.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Shahida mendedahkan suaminya pernah menjadi sasaran seorang wanita muda yang cuba ‘masuk jarum’ ketika mereka baru mendirikan rumah tangga.

“Dulu pernah juga ada orang nak sondol, bukan tak pernah. Lagi pedih, yang cuba sondol tu anak dara. Ya Allah, penatlah nak bersaing masa tu,” katanya.

Shahida yang ketika itu bekerja pejabat bersama Aliff di Klang berkata, peristiwa tersebut berlaku ketika anak sulung mereka, Ammar, masih kecil.

Tambah Shahida, wanita berkenaan sering mengambil kesempatan berbual lama dengan Aliff, sehingga menimbulkan rasa kurang senang di hatinya.

“Bayangkan, setiap petang dia masuk bilik suami saya dan sembang sampai sejam dua. Saya mula tertanya, kenapa hanya dia yang jadi tempat suami luah rasa?

“Disebabkan emosi tak stabil, saya mogok! Saya balik sendiri naik komuter dari Klang ke Sungai Buloh. Tak nak dah balik sama-sama dengan papa (Aliff),” katanya.

Namun begitu, Shahida menzahirkan rasa syukur kerana rumah tangga yang dibina tetap utuh hingga ke hari ini meskipun pernah diuji dengan cemburu dan dugaan orang ketiga.

“Alhamdulillah, walau diuji, perkahwinan kami masih bertahan. Saya tak nak puji lebih-lebih, tapi inilah asam garam hidup suami isteri,” ujarnya.

@sisrose02

Papa dulu pernah jg hampir2 di sondol… #terlajaklaris #papalaris #dherbs #kopi

♬ bunyi asal – sisrose🌹 – sisrose🌹

Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan enam cahaya mata Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

“Netizen Jangan Jadi Hipokrit” – Shahrulezad Mohameddin Terpaksa Sokong Kenyataan A. Aida

Ingat jangan terus melalak tanpa berfikir secara rasional ye kawan-kawan!

Trending Thu, 9 May 2019

#SetulusIkhlas: Masjid Ini Hadiahkan Basikal Percuma Untuk Kanak-Kanak Datang Solat

Datang masjid bukan sebab basikal free ye, tetapi kerana Lillahitaala. Selamat Berpuasa! 

Trending Tue, 24 Mar 2020
Trending Tue, 17 Apr 2018

Lama Menyepi, Syamel Kini Berat Sebelah!

Selain itu, dia juga dilabel ‘pilih bulu’ kerana hanya membuat persembahan yang boleh menaikkan namanya sahaja. Namun, Syamel telah tampil menjelaskan hal yang sebenar.

Hiburan Sun, 2 Nov 2025

‘Seoul Cinta’ Satukan Fitri Farok, Siti Khadijah Dalam Kisah Cinta Penuh Rahsia Di Kota Romantik

Seoul Cinta mula bersiaran 31 Oktober 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3

Featured Fri, 13 Sep 2024
Featured Fri, 28 Oct 2022

Scha Elinnea Bengang Dengan Produksi – “Lama Dah Bersabar Dengan Tempat Toksik Ni”

Hmm dah banyak kali jugak dengar produksi tak jaga kebajikan pelakon ni

Hiburan Mon, 14 Oct 2019

【报名表格】环球透视座谈会:网红炼精术

八度空间《环球透视座谈会:网红炼精术》现已开放网上报名!

Trending Fri, 23 Nov 2018

Guru-Guru Di Malaysia Adalah Antara Guru Yang Paling Berdedikasi Di Dunia!

Ini adalah menurut bancian yang dilakukan oleh Cambridge Assessment International Education.

Hiburan Sat, 4 May 2019

‘ Kalau Ada Jodoh, Saya Terima’- Raja Ema Tak Tolak Kemungkinan Berkahwin Semula

Tambah penyanyi berusia 51 tahun ini, dia bakal membuat persembahan pada bulan Ramadan ini di The Love, MaTic Jalan Ampang.

error: Content is protected !!