Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin March 14, 2019 @ 11:03am

“Netizen Jangan Jadi Hipokrit” – Shahrulezad Mohameddin Terpaksa Sokong Kenyataan A. Aida

Kecaman bertubi-tubi terhadap pengarah dan penerbit A. Aida masih menjadi topik hangat sehingga ke hari ini. Mana taknya, kenyataan yang dikeluarkan semasa sesi ujibakat DFKL 2019 baru-baru ini mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah golongan artis dan mereka yang terlibat secara langsung dalam industri termasuklah pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin.

Menerusi muatnaik yang dikongsikan di laman instagram miliknya semalam, beliau dilihat menyokong kenyataan yang dibuat oleh A.Aida kerana menganggap kenyataan itu adalah realiti.

Namun, menurut beliau adalah lebih baik sekiranya A. Aida membuat kenyataan tersebut secara berlapik.

Tambahnya lagi, beliau terpaksa menempelak sikap sebahagian netizen yang menolak kebenaran kenyataan yang dikeluarkan oleh A. Aida dan melabel mereka sebagai seorang yang hipokrit.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Reality bites. Suka atau tidak sememangnya apa yg diperkatakannya itu ada kebenarannya. Sedih? Ya memang sedih. Platform DFKL bukannya mencari bakat semata tapi mencari PAKEJ! Bayangkan kalau kami penerbit mengetengahkan hero dan heroin baru yg tidak berupa adakah korang semua sudi menonton drama kami with the average unknown new faces? Bayangkan kalau abam letak Siti Kassim (ofcoz Siti is beautiful in her own way) sebagai heroin drama Nur abam sebagai bintang utama adakah korang sanggup setia menontonnya sehingga eps ke 15? Sila jawab dengan jujur. Cuma alangkah indahnya kalau Aida tidak terlalu berterus terang sebegitu. Walaupun apa yg diperkatakan itu dengan berat hati abam terpaksa bersetuju tapi dengan berlapik mungkin lebih molek rasanya. Persaingan antara stesyen televisyen dalam merebut perhatian penonton jugak antara punca kenapa tv stesyen terpaksa bertindak ‘sekejam’ itu. Sorry to say netizen yg menempelak secara membabi buta itu bagi abam adalah hipokrit. Kalau derang pilih drama sekali pun mereka akan memilih siapa pemainnya dahulu especially yg muka baru kemudian baru bakat. Tolong jangan tipu diri sendiri. Sebab tu abam harap mana mana bakat baru yg tahu mereka berbakat besar sehebat Azhan Rani, Norkhiriah, Amerul Affendy, Sherry Alhadad tolong pastikan bakat anda memang betul2 awesome supaya pengkarya pengkarya macam abam nampak dengan jelas bakat anda yg boleh diketengahkan. InsyaAllah bakat yg hebat seperti ini mampu menenggelamkan rupa anda yg biasa biasa saja. Kalau setakat dtg uji bakat dengan harapan menggunung tapi bakat below average kami yg jadi juri ni boleh jadi stress adik. Sama jugak macam kita pergi bazar Ramadan nak beli makanan tapi masakan yg kau jual tu alahai rasa macam nak terbalikkan meja. Abam rasa abam nak buat satu project drama yg mengenengahkan bakat bakat besar yg tidak berupa ni utk diketengahkan pada audience menerusi medium youtube lah. Kat sini mungkin mereka boleh menonjolkan bakat hebat mereka. Mana tahu stesyen TV akan bukak mata bila melihat kebolehan mereka. Sorry to say untuk mereka yg tak berupa ni. Korang kena work tripple hard untuk menempatkan diri korang dalam industry ini.

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

Apapun, bagi pengarah drama bersiri popular Nur ini, peserta yang datang ke ujibakat DFKL 2019 nanti haruslah lebih peka terhadap personaliti, penampilan dan bakat mereka. Dan, yang paling penting adalah kena work triple hard okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Selepas Pujaan Hati Kanda, Kini Turn Leftenan Zana Pula Kena Kecam

Betul Ke Ada Yang Tak Kena Dengan Drama Leftenan Zana?

Featured Thu, 23 Feb 2023

Tular Foto Merisik, Zara Zya Pilih Kunci Mulut – “Belum Waktunya Lagi”

Betul ke netizen kata Datuk Alha Alfa yang merisik tu? 🤔

Selebriti Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Fri, 13 Mar 2026

Pernah Diugut Sihir & B*nuh, Ezzanie Jasny Syukur Gangguan Akaun Palsu Kini Berhenti Selepas Lapor Pihak Berkuasa – “Hidup Saya Kembali Tenang”

Menurut Ezzanie, ancaman yang diterimanya ketika itu cukup menakutkan sehingga membuatkan dia hidup dalam ketakutan

Hiburan Tue, 22 Nov 2022

“Kalau Gelak Macam Tu, Dah Tahu Siapa…” – Gelagat Anzalna Nasir & Kakak Buat Netizen Terhibur

Pasti ramai yang mengetahui pelakon jelita Anzalna Nasir merupakan seorang yang sangat akrab dengan adik beradiknya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Anzalna di laman TikToknya, sehingga meraih tumpuan netizen. Menerusi hantaran […]

error: Content is protected !!