Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 2, 2025 @ 2:13pm

‘Seoul Cinta’ Satukan Fitri Farok, Siti Khadijah Dalam Kisah Cinta Penuh Rahsia Di Kota Romantik

Bila cinta dan rahsia bertemu di kota penuh pesona seperti Seoul, segalanya boleh berubah dalam sekelip mata. Itulah yang cuba disampaikan menerusi drama baharu slot Akasia TV3, Seoul Cinta, yang menjanjikan kisah cinta moden penuh konflik, emosi dan kejutan tak terduga.

Menampilkan 13 episod, drama terbitan terbaharu ini mengetengahkan tema cinta, penerimaan diri dan ketulusan hati dalam dunia yang sering dikelilingi topeng kesempurnaan.

Dibintangi oleh Fitri Farok, Siti Khadijah Halim, Cahaya Nilam dan Muaz Zabir, Seoul Cinta bakal mula bersiaran 31 Oktober 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3. Penonton juga boleh menonton episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Dalam Seoul Cinta, Fitri Farok membawa watak Daniel Khalil, usahawan muda berkarisma dan berprinsip tinggi soal cinta. Namun di sebalik kejayaan dan imej sempurna, Daniel masih mencari makna sejati sebuah hubungan.

Takdir mempertemukannya dengan Azra (lakonan Siti Khadijah Halim), gadis biasa yang bekerja di hotel kucing tanpa disedari Daniel, Azra sebenarnya ialah Kiki, pempengaruh masakan terkenal yang diam-diam menjadi pujaannya di media sosial.

Tanpa mengetahui identiti sebenar Azra, Daniel jatuh hati pada ‘Kiki’ yang hanya dikenalinya di alam maya, manakala Azra pula menyembunyikan siapa dirinya kerana tidak yakin diterima lelaki seperti Daniel.

Konflik memuncak apabila muncul Raisha (Cahaya Nilam), selebriti glamor yang menambat hati Daniel, dan Lukman (Muaz Zabir), lelaki yang lama menaruh perasaan terhadap Azra. Saat mereka ke Seoul, rahsia yang lama disembunyikan mula terbongkar dan cinta yang mereka percaya mula diuji.

Menurut Fitri, watak Daniel memberinya ruang mendalami sisi manusia moden yang sering terperangkap dalam dunia ilusi dan harapan.

“Daniel mencerminkan realiti hari ini, ramai yang kelihatan sempurna di luar, tapi kosong di dalam. Seoul Cinta mengingatkan kita bahawa cinta sejati bukan tentang status, rupa atau kesempurnaan, tapi tentang kejujuran dan keberanian menerima diri sendiri,” katanya.

Disulami sinematografi memukau dengan latar kota Seoul yang romantik, setiap babak dalam Seoul Cinta sarat dengan nilai emosi, keindahan dan refleksi kehidupan sebenar.

Drama ini bukan sekadar kisah cinta, tetapi juga perjalanan mengenal diri, memaafkan dan berani mencintai tanpa syarat.

Seoul Cinta mula bersiaran 31 Oktober 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3.

Tonton episod baharu lebih awal di Tonton, dan ikuti perkembangan terkini di @TV3Malaysia serta @dramasangat di semua platform media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 5 May 2025

“Don’t Try Me, You Just Woke Up The ‘Trouble Maker'” – Nabila Huda Beri Amaran Tegas

Nabila sudah mencuba yang terbaik untuk menjaga aib ibu tirinya.

Hiburan Sun, 4 Nov 2018

Karakter Anak Zarina Zainuddin Jadi Sumber Rujukan

Bukan senang nak bawa watak Fatonah, nampaknya usaha berbaloi juga akhirnya. Tahniah Nad Zainal!

Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Events Mon, 15 Jul 2019

SNSD Member Hyoyeon will be Coming to Zouk Genting as DJ Hyo

Hyoyeon proves fans (and anti-fans) that SNSD isn’t all about look, in fact they are bomb with talents!

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

IamNeeta Kecewa Lagu Lambat Siap?

Good luck Neeta & team!

Trending Thu, 18 Aug 2022

“Ajar Anak Panggil ‘Ibu’ Tapi Yang Keluar Nama…” – Peminat Terhibur Dengan Telatah Anak Dayah Bakar

Putera sulung pengacara Dayah Bakar telah menginjak ke usia 2 tahun, semalam. Satu-satunya cahaya mata penyeri rumah tangga, Dayah Bakar dan suaminya, Muhammad Hanif Hamidi ini diberi nama Achbar Muhammad Fahri dan dilahirkan pada 17 […]

error: Content is protected !!