Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal December 3, 2017 @ 6:54am

Bukan Rampas, Hanya Tumpang Kasih Kata Izreen Azminda

Kontroversi tentang status perkahwinan pelakon popular Izreen Azminda menarik perhatian ramai sejak beberapa hari ini selepas isteri pertama kepada lelaki pilihan beliau mendedahkan hal sebenar.

Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Izreen Azminda mengakui akur dengan cemuhan orang ramai yang melabel dirinya sebagai perampas dan meruntuhkan kebahagian rumahtangga orang lain.

 Saya sekadar menumpang kasih dan tidak pernah sesekali berhasrat merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama.

“Saya tidak sekejam itu, malah tidak akan membenarkan suami meninggalkan isteri pertama semata-mata untuk bersama saya.

“Saya kecewa dengan cemuhan yang dilemparkan netizen. Mereka menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar. Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri,” katanya.

Izreen Azminda dan Ude yang juga pemuzik bebas melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

“Saya faham perasaan seorang isteri apabila mengetahui suaminya berkahwin lain. Saya harap suami akan mempertahankan perkahwinan pertamanya kerana saya tidak mahu berlaku perkara tidak diingini berlaku susulan pernikahan kami”

“Alhamdulillah, saya lega apabila mengetahui Intan Liana sudi menerima saya sebagai madunya,” tambahnya lagi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Tue, 12 Mar 2019

Zara Zya Mahu Lagi…

Hebatlah ‘Inchess’ ni, cayalah!

Events Wed, 10 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Ingat! Kalau Pasangan Korang Kuat Merajuk, Korang Boleh Try Cara Ni Okay!

Semoga rumahtangga Aeril dan Wawa serta pembaca setia Xtra sentiasa manis yah!

Featured Sun, 29 Jun 2025
#LaguXTRA Thu, 6 Apr 2023
Hiburan Thu, 1 Jun 2023
Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Haqiem Rusli Akui Semakin Pulih

Haqiem turut berkongsi perkembangan terkini belilau menerusi akaun twitter beliau mengatakan keadaannya semakin baik jika dibandingkan dahulu

Featured Fri, 8 Apr 2022
error: Content is protected !!