Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana June 1, 2023 @ 8:16pm

Sajat Dah Nak Balik Malaysia? – “Ni Dah 2 tahun.. Lagi Setahun Lebih Je”

Ekoran terpalit dengan pelbagai kontroversi beberapa tahun kebelakangan ini, usahawan sensasi, Nur Sajat kini menetap di Australia.

Terbaharu, Sajat menerusi sesi ‘live’ TikTok meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk pulang ke Malaysia setelah sekian lama tinggal di Australia.

Sajat juga ada mengatakan kedatangannya pasti akan disambut oleh ramai peminatnya di Malaysia, malah dia tidak sabar untuk bergambar bersama.

“Sajat rasa, kalau Sajat balik Malaysia. Sajat rasa banyak orang nak tangkap gambar dengan Sajat. Kau rasa betul tak? Ha gitu! Artis nombor satu balik.

“Lagi beberapa tahun sahaja lagi, ni Sajat dah dua tahun. Lagi setahun lebih je, lepastu dah boleh balik dah,” ujarnya.

@sajatperempuanfuh BENDA YANG SAJAT BUAT BILA BALIK MALAYSIA #sajat #nursajat #fyp #fypシ #viral #fypシ゚viral ♬ original sound – SajatNur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dan tidak sabar mahu bergambar bersama Sajat setelah pulang ke Malaysia.

“Alhamdulillah, dah tak lama Sajat nak balik Malaysia. Kalau Sajat balik, bentang karpet merah tau. Ya betul, saya nak gambar dengan Sajat,” ujar netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 May 2022
LIFESTYLE Thu, 10 Jan 2019

Every Man Needs At Least One Set of Suit

As per Barney Stinson’s words, “Suit up!”

Hiburan Wed, 3 Apr 2024
Featured Sun, 17 Apr 2022
Featured Mon, 13 Dec 2021

Lagu Cinta Kita 3: Tiada Penyingkaran, Ada Kena Prank Tukar Pasangan… Couple Mana Yang Diserap Masuk? Jom Recap Episod 6!

Episod keenam Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan cinta 90-an berlangsung pada malam tadi. Episod itu telah menyaksikan persaingan antara empat pasangan iaitu Syafeek & Zazo, Hariz & Wanie, Malhamka & Yuveena serta Pasya […]

Trending Thu, 24 Dec 2020
error: Content is protected !!