Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 18, 2023 @ 4:44pm

“Saya Tahu Tujuan Dia Beli Kuda Tu Sebenarnya…” – Tak Pandai Menunggang Kuda, Intan Najuwa Anggap Hadiah Sebagai Persediaan Ada Anak

Pelakon Datin Intan Najuwa yang menerima hadiah seekor kuda putih sempena ulang tahun kelahiran ke-26 daripada suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman mencuri perhatian netizen.

Menurut Intan, meskipun dia tidak tahu menunggang kuda namun percaya pemberian kuda itu adalah usaha suaminya untuk melihat dirinya melakukan aktiviti riadah.

“Ini kejutan sebab tiba-tiba dia sudah beli kuda. Sebab saya ada tanya juga, biasalah perempuankan tanya tak ada hadiah ke?

“Tapi saya tidak sangka pula dapat hadiah kuda. Selalu orang beri coklat, bunga sebagai hadiah.

“Saya tahu tujuan dia beli kuda itu sebenarnya sebab saya pemalas. Tak ada bersenam sangat atau lakukan aktiviti luar. Jadi dia mungkin mahu saya bangun pagi ada aktiviti nak buat.

“Dan saya tak pandai menunggang kuda pun jadi saya fikir dia memang mahu saya belajar untuk melakukan aktiviti luar,” ujarnya.

Untuk rekod, Intan dan Asraf telah mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Intan memberitahu dia lebih bertanggungjawab menjaga haiwan tersebut yang diberi nama Trulala sebagai persediaan untuk ada anak kelak.

“Tanggungjawab ada kuda atau memelihara haiwan lain itu besar. Belajar dululah mana tahu pada masa akan datang kita ada anak pula ke, jadi kita belajar dulu jaga kuda,” selorohnya.

Intan ditemui di majlis Anugerah Telenovela Top 10 Nominee Announcement di The Riz-Carlton, baru-baru ini.

Menuju malam anugerah yang bakal berlangsung pada 6 Disember di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur nanti, antara calon Top 10 teratas yang diumumkan adalah menerusi kategori Novel Popular dan Telenovela Popular.

Selain itu, Pelakon Wanita Popular, Pelakon Wanita Popular dan Pasangan Serasi Popular turut diumumkan.

Undian sedang rancak berjalan dan untuk sama-sama menentukan pemenang, anda boleh mengundi di sini.

Untuk pembelian tiket Anugerah Telenovela di https://tykyt.my/

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Fri, 18 Oct 2019

Stand A Chance To Be Up Close and Personal with KARD now!

ASICS combining with KARD to bring front bolder and more striking colourways for GEL-BND™ sneakers.

Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Fasha Sandha Mengandung Lagi?

Betul Ke Fasha Sandha Mengandung?

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

‘Doa Buat Kekasih’ Rai Ulang Tahun ke 30 Dengan Konsert Jelajah

Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khatijah Ibrahim ketika ditemui di sidang akhbar di Istana Budaya memberitahu idea untuk mengadakan konsert ulang tahun ini tercetus pada tahun lalu.

Featured Fri, 14 Mar 2025

Mr. E Kongsi Kisah Bersama Erra Fazira, Ucapan Istimewa Curi Perhatian – “Dia Matang, Elegan & Bijak”

Mr. E tampil memberikan respons mengenai sesi siaran langsung yang dibuat bersama Erra sebelum ini.

Featured Tue, 2 Feb 2021
Featured Tue, 10 May 2022
Hiburan Wed, 8 Aug 2018

Ehem…#ZiGi Bercinta Balik Ke?

Nampaknya, dua selebriti ini mahu merahsiakan hubungan mereka bagi menjaga privasi lebih ketat daripada sebelum ini. Buat peminat #ZiGi, mesti anda happy sekarang kan? Yeay, kami pun tak sabar nak lihat pasangan popular ini bersatu kembali.

Hiburan Tue, 31 May 2022
Trending Mon, 3 Sep 2018

‘Kapal Hantu’ Muncul Secara Misteri Selepas 9 Tahun Hilang

Sebuah ‘kapal hantu’ dengan kibaran bendera Indonesia bersamanya secara misteri muncul kembali di Lautan Hindi selepas lebih 9 tahun menghilang di Lautan Pasifik. Polis Yangon mengesahkan pada hari Jumaat lalu bahawa kapal yang diberi nama […]

error: Content is protected !!