Euforia Bola 2026
Drama By: Padin February 3, 2026 @ 2:46pm

Netizen Puas Hati Sophia Albarakbah Serang Uqasha Senrose, Babak Tegang Drama ‘Bisik Asmara’ Raih Perhatian!

Babak sarat emosi dalam Bisik Asmara episod tujuh mencetuskan reaksi hangat penonton apabila watak lakonan Sophia Albarakbah bertindak menyerang Uqasha Senrose dalam adegan tegang yang penuh konflik.

Aksi itu bukan sahaja membuatkan penonton ‘tak senang duduk’, malah menghangatkan lagi perbincangan netizen yang ikut terbawa dengan perkembangan jalan cerita.

ARTIKEL BERKAITAN: Batas Dilanggar, Kesetiaan Dipersoal… Uqasha Senrose & Zul Ariffin Berganding Dalam Bisik Asmara

Menerusi klip yang tular di TikTok, watak lakonan Uqasha disimbah air dalam salah satu babak paling mencuri perhatian, sekali gus mengundang rasa ‘puas hati’ dalam kalangan penonton yang sejak awal menyimpan geram terhadap karakter tersebut.

Ruangan komen turut dipenuhi pelbagai respons, dengan ramai menganggap adegan itu antara momen paling melegakan perasaan dan paling diingati setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin Kembali Dengan Aura Menggoda, Drama Bisik Asmara Janji Ketegangan Emosi

Dalam masa sama, ramai memuji keserasian dan kekuatan lakonan kedua-dua pelakon yang berjaya menghidupkan konflik dengan cukup realistik hingga emosi penonton turut terbawa-bawa.

@dramasangat

Puas hati tengok spaghetti kat Reen tu 🔜 !!! ▶️ Saksikan #BisikAsmara -> Setiap Isnin-Khamis -> 10.00 Malam Di TV3! Tonton semua episod PERCUMA dan EKSKLUSIF di app @iqiyimalaysia Dibintangi : @zul_ariffin sebagai Farhan @sophiekoshka sebagai Sheila @uqashasenrose2 sebagai Noreen @nadia.brian sebagai Aida
@Syazuwan.hassan sebagai Fikri @nafizmuaz sebagai Amirul @wannsahmad_official sebagai Nizam Dan ramai lagi ! Arahan : @khanmancung Terbitan:  @saphirescreen 
#DramaSangat #BisikAsmara #Samarinda #TV3Malaysia

♬ original sound – dramasangat

Malah, ada yang mengaku makin tidak sabar untuk menonton episod penuh bagi melihat bagaimana pertelingkahan mereka berkembang selepas ini.

Jangan lupa saksikan Bisik Asmara setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Samarinda TV3. Penonton juga boleh menonton secara eksklusif di iQIYI satu jam selepas siaran TV, sama ada melalui laman web rasmi atau aplikasi di Google Play dan App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Jan 2024

Tiada Niat Mahu Merampas, Cuma Ingin Berikan Kasih Sayang… Fizi Ali Hadir Mahkamah Perjuang Hak Penjagaan Anak

Fizi memfailkan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah lantaran Shakila tidak mengizinkan dia bertemu anaknya.

Trending Tue, 28 Apr 2020
Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Featured Wed, 2 Feb 2022
Hiburan Thu, 19 Dec 2019

陈志康阔别三年再接棒主持!李心洁力挺音乐担任颁奖嘉宾

Royce陈志康阔别三年再接棒主持!李心洁力挺音乐担任《2020 AIM中文音乐颁奖典礼》颁奖嘉宾。

Hiburan Wed, 15 Nov 2017

“HATI-HATI ”- INI KOMEN FAZURA MENGENAI  FATTAH AMIN

“Sampai jodoh, sampai waktu sesuai kami akan maklumkan juga,”

Featured Fri, 20 Jan 2023

Berangkat Ke Tanah Suci Tanpa Anak, Alif Teega & Aisyah Hijanah Ingin Fokus Ibadah

Personaliti media sosial, Alif Teega bersama isterinya, Aisyah Hijanah berangkat ke Makkah berdua tanpa kehadiran anak-anak mereka. @alifteegaAlhamdulillah❤️ rezeki jadi tetamu Allah. Doakan Alif dan Aisyah selamat pergi dan pulang. Sedih tinggal deejah dan Hassan […]

error: Content is protected !!