Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari April 8, 2022 @ 3:21pm

Dituduh Jual Nasi Arab Harga Tel Aviv – Ini Respons Chef Ammar

Setiap kali menjelang Ramadan, ramai yang mengambil peluang untuk memperolehi pendapatan dengan menjual pelbagai juadah di bazar Ramadan.

Tak terkecuali juga cef selebriti, Chef Ammar yang menjual juadah ‘Nasi Arab Lamb Shank’ di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial, Chef Ammar meraih kecaman netizen kerana dikatakan menjual nasi Arab hasil air tangannya dengan ‘harga Tel Aviv’.

Satu video di TikTok yang memaparkan Chef Ammar dalam keadaan marah membidas kecaman netizen dengan mengatakan untuk tidak mengajarnya berniaga dan mengkritik harga nasi Arab yang dijualnya adalah mahal.

@momomqms

Chef ammar #nasiarabchefammar #koyak #silaturrahim #puasa #beritatiktok #kasihsayang #fyp #fypシ #respect #malaysiatiktok

♬ original sound – Mr.Momo – Mr.Momo

“Tak apalah, bagi saya, yang komen ini mungkin narrow-minded, orang yang tak educated dan tak guna akal. Ambil contoh nasi lemak, ada yang harga RM2, RM5, RM10 malah lebih mahal pun ada. Apa yang membuatkannya mahal adalah bahan-bahannya. Jadi, nak komen tapi biarlah ada style.” ujarnya.

Jelasnya lagi, harga barangan semakin meningkat dan dia hanya naikkan harga nasi Arab tersebut sebanyak RM1 sahaja.

“Mereka kena tahu, harga barangan pun semakin naik. Saya hanya naikkan harga nasi Arab sebanyak RM1. Sebelum ini saya jual RM49, sekarang jadi RM50.

“Dalam nilai RM1 yang dinaikkan, pelbagai lagi kos dalaman perlu ditanggung. Bil elektrik tempat penyimpanan bahan mentah, barang-barang yang digunakan pun adalah premium, proses penyediaan juga dibuat dengan teliti untuk kekalkan kualiti.

“Saya tahu kerana saya terlibat dari A sampai Z. Saya dan anak pergi pasar, dan saya jugalah yang memasak,” ujarnya kepada mStar.

Dalam video tersebut, Chef Ammar juga menunjukkan bahan-bahan premium yang digunakan dalam proses membuat nasi Arab.

Walaubagaimanapun, setiap kali bulan Ramadan, ramai yang sanggup beratur panjang di gerai Chef Ammar bagi membeli juadah dari negara Arab tersebut untuk berbuka puasa.

@momomqms

Reply to @basitbroga5039

♬ original sound – Mr.Momo – Mr.Momo

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Jun 2026

Hannah Delisha Kongsi Detik Keguguran, Doktor Maklum Degupan Jantung Baby Tak Ada – “Masa Tu Kandungan Baru Nak Masuk Second Trimester”

Hannah Delisha berkongsi kehilangan bayinya akibat keguguran ketika usia kandungan mencecah 12 minggu.

Featured Fri, 14 Mar 2025

Shuk Sahar Bongkar Status Perkahwinan Dengan Fara Salleh Masih Belum Berdaftar?

“Persoalannya, jangan hanya tahu bercakap tapi keluarkan satu bukti”- Shuk

Trending Tue, 25 Jun 2019

Apa Nak Jadi Dengan Pasir Gudang?

Apa dah jadi ni sampai 14 buah sekolah kena tutup?

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

‘Mana Ada Tiru Lagu KPOP?’- Ayda Jebat Komen Isu Lagu Temberang

Muzik video Temberang diinspirasi daripada muzik KPOP manakala lagu pula ada unsur Dangdut Arabic. Jangan cakap ciplak muzik KPOP pula okay…

Trending Sat, 14 Apr 2018

Wah! Ikea Singapura Perkenal Crispy Rendang Chicken. Macam Sedap Je

Berikutan dengan penularan isu tersebut, Ikea Singapura telah memperkenalkan hidangan terbaharu mereka iaitu Rendang Chicken Wings.

Featured Fri, 3 Feb 2023

Sissy Imann Menyesal Jual Album Harga RM20 – “Kalau Nak Untung, Baik Saya…”

Sebab tu kalau emosi tak boleh buat keputusan kan.. Kita jadikan semua ni satu pengajaran

error: Content is protected !!