Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 30, 2023 @ 1:18pm

[VIDEO] “Saya Terkejut, Bawa Bertenang Semua” – Zizan Razak Perjelas Foto Bersama Hawa Rizwana

Pelakon, Zizan Razak baru-baru ini membuatkan ramai teruja selepas memuat naik hantaran foto bersama pengacara, Hawa Rizwana di Instagram miliknya.

Berlatarbelakangkan muzik lagu ‘Chentaku’, kapsyen Zizan mencuri perhatian serta seakan menceritakan dirinya mempunyai hubungan istimewa bersama Hawa.

“Harap semua bertenang. Nanti kami akan uar-uarkan. Kami janji,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZIZAN RAZAK (@zizanrazak869)

Menyedari ruang komen hantaran tersebut semakin meriah dengan tanda sokongan netizen serta rakan selebriti, Zizan tampil memuat naik hantaran baru.

Berdasarkan video berdurasi 57 saat itu, Zizan mengakui terkejut dan berkata niatnya pada awalnya adalah untuk berkongsi lakonan pertama Hawa.

“Saya mohon orang Malaysia semua bertenang. Relax. Posting itu tadi, niat saya hanya nak ceritakan drama apa yang bakal dikeluarkan.

“Ini adalah lakonan pertama Hawa. Dia jadi lain pula ceritanya ya.

“Posting tu buatkan orang ingat saya dengan Hawa ada hubungan istimewa,” katanya sambil ketawa.

“No, bukan itu cerita dia. Niat saya nak uar-uarkan cerita terbaru saya akan keluar nanti si TV (televisyen),” ujarnya.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen rata-rata rakan selebriti dan netizen sempat mengusik Zizan yang berkata tidak salah sekiranya benar dia bercinta bersama Hawa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Nov 2018

咖啡族注意!研究:爱喝「这口味」有精神病

咖啡是许多人每日的精神来源,不过现在,你可能要多留意一下大家的喜爱口味了。因为日前就有研究证实,我们对咖啡的喜好,其实代表了「潜在个性」。

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Ude Wahid Semakin Biadab?

Namun, tidak berhenti disitu Ude baru-baru ini telah memuat naik gambar dilaman instagram beliau yang menunjukkan sarapan roti telur yang dibuat oleh isterinya, Izreen. Dalam ruangan caption tersebut, Ude seakan-akan memerli bekas isterinya yang dianggap sudah move on

Trending Wed, 27 Apr 2022
Hiburan Tue, 10 Dec 2019

‘Syukur Bertemu Dengan Isa’ – Risteena

Risteena memaklumkan dia tidak akan sesekali membuka cerita lama dan sudah reda dengan ketentuan Illahi.

Trending Fri, 1 Dec 2017

Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Meningkat, Lebih 13 Ribu Orang Dipindahkan

Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Meningkat, Lebih 13 Ribu Orang Dipindahkan ke pusat permindahan banjir sementara

Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Syafie Naswip ‘Move On’ Dengan Uqasha?

Biar betul?? Jangan-jangan cinta sudah berputik ya?

error: Content is protected !!