Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain April 27, 2022 @ 3:56pm

Reaksi Speechless Tular di TikTok, Nur Fazura Terkejut Tudung Sold Out Dalam Masa 1 Minit!

Pelakon Nur Fazura terkedu apabila jualan produk tudungnya laris dalam hanya tempoh kurang satu minit.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut tidak menyangka perkara itu tular di TikTok.

Bukan itu sahaja, tudung keluarannya itu habis terjual ketika dia baru saja memulakan ‘Live’ di platform berkenaan.

“Sold out? Nanti diorang kata I tipu, ampun minta ampun.

“I belum habis cakap lagi macam mana boleh sold out?

“1 minit sold out, lepas tu Istiqomah sold out, I belum habis cakap macam mana boleh sold out,” katanya.

Menerusi video tersebut, Fazura tergamam dan hilang kata-kata apabila produknya laris terjual dalam tempoh yang sangat singkat.

@fazuramelakaofficial Semua Allah permudahkan Alhamdulillah 🥰🤲🏻 #fyp #fazura #fattzura #tudungfazura #fypage ♬ suara asli – Lirik Lagu Folk – The Question Mark | LaguFolk

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyamakan fenomena Tudung Fazura sama seperti fenomena Sambal Nyet Khairul Aming.

Namun, ramai juga yang sedih kerana tidak berkesempatan untuk mendapatkan tudung yang dihasilkan pelakon jelita itu.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Fatima Aisya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 11 Mar 2018

Remaja Ini Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan

Dicabar Makan Lintah Oleh Rakannya, Remaja Ini Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan

Hiburan Wed, 1 Nov 2023
Hiburan Wed, 19 Mar 2025
Hiburan Fri, 28 Feb 2025

Yusuf Kassim Rakam Semula Lagu Permata Yang Dicari

Permata Yang Dicari 2.0 merupakan karya yang diberi nafas baharu selepas dinyanyikan kumpulan Dehearty pada 2005.

Trending Tue, 23 Feb 2021
error: Content is protected !!