Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin October 20, 2024 @ 8:36am

Untung Bila Ada Peminat Setia… 50 Abang Lori Buat Kejutan Jumpa DJ Lin!

Kira-kira 50 pemandu lori hadir membuat kejutan terhadap penyampai radio kesayangan mereka, DJ Lin.

Barisan abang lori terbabit hadir membawa lori masing-masing yang dihias lampu warna warni yang turut mencuri tumpuan pengunjung.

Kehadiran mereka adalah bersempena Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire yang berlangsung di perkarangan AEON Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Menurut wakil pemandu, Nik Ahmad, kesemua mereka hadir sebagai pendengar setia segmen Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin.

“Kami semua memang pendengar Suria FM terutama Suria Cinta serta peminat DJ Lin jadi bila kami tahu ada jelajah kami hubungi pihak Yaya Empire untuk hadir sebagai sokongan.

“Syukur dapat jumpa sendiri dengan DJ Lin dan Puan Yaya yang sangat merendah diri dan sambut kita dengan baik,” katanya.

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid yang merupakan Pengurus Besar Suria FM, dia terharu apabila dimaklumkan kumpulan pemandu lori itu hadir bagi memeriahkan jelajah yang diadakan .

“Tak sangka mereka sanggup hadir dengan membawa lori yang dihias cantik serta memeriahkan jelajah di Kota Bharu kali ini yang kali pertama diadakan.

“Kami juga terharu dengan sokongan yang diberikan malah mereka mengakui memang mendengar stesen radio kami setiap kali memandu lori ke destinasi yang dituju,” katanya.

Mengulas mengenai Suria Kuasa 2 Yaya Empire di negeri Cik Siti Wan Kembang, DJ Lin berkata ia istimewa kerana dijalankan secara serentak bersempena Hari Sukan Negara.

Dia menambah, menurut data daripada pihak AEON Kota Bharu, kehadiran pengunjung mencecah hampir 50,000 orang bagi kedua-dua hari jelajah di adakan iaitu pada Jumaat dan Sabtu lalu.

“Kami bersyukur dengan jumlah kehadiran dan sokongan pengunjung yang sangat meriah lebih-lebih lagi sempena Hari Sukan Negara dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSK).

“Setiap acara yang dianjurkan mendapat sambutan termasuk persembahan konsert pada hari kedua yang dimeriahkan persembahan artis dan dikir barat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa menjadi ‘buruan’ pengedar produk kecantikan sejak Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire berlangsung.

Dia yang mesra disapa Kak Ya berkongsi, setiap hari menerima permintaan pengedar dari seluruh negara untuk tambahan stok kerana jualan memberangsangkan.

“Terima kasih DJ Lin dan Suria FM kerana membantu jualan dan jenama kami sejak sertai jelajah ini dan setiap hari pengedar produk saya meminta stok tambahan.

“Alhamdulillah juga jualan keseluruhan mencecah lebih enam angka dan kami berjaya mendapat lebih 100 usahawan baharu produk Yaya Empire sepanjang jelajah diadakan,” katanya.

Antara artis yang memeriahkan Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di Kota Bharu ialah Poey Sting, Baggio Damasutra, Afieq Shazwan, Floor 88 dan Sri Budi Jati.

Pelbagai aktiviti diatur termasuk pertandingan sepak bola antara penyampai Suria FM, JBSK, Yaya Empire dan AEON, persembahan silat dan pertandingan nyanyian lagu Dialek Kelantan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Jul 2018

Kes 1MDB; Pasport Jho Low Dah Batal

Pasport beliau telah dibatalkan, jadi apa-apa tindakan akan diambil di luar negara kerana dia tidak lagi memiliki pasport Malaysia, sekiranya dia mahu ‘travel’ dia akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana.

Hiburan Fri, 22 May 2026

“Mereka Tahu Saya Tak Boleh Dibeli” – Sarimah Ibrahim Tolak Terima ‘Hadiah’

Sarimah mengakui pernah berdepan dengan individu yang cuba menawarkan ‘rasuah’ demi kepentingan tertentu

Trending Tue, 21 Nov 2023

Bukan Sekadar Guna Populariti, Rasanya Memang Sedap! Jualan Karipap & Cucur Badak MUA Bellaz Laku Keras

Tinggi betul permintaan karipap Bellaz! Bukan pandai make-up saja, masak pun hebat!

Featured Fri, 25 Nov 2022

“Bila Kau Tak Hargai Dia, Jangan Tanya Kenapa Dia Pergi” – Nasihat Iddin Ramli Buka Mata Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli sekali lagi tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet. @iddinramliiJangan tanya kenapa ♬ menjaga hati x mengejar mimpi – Sadvibes🥀 Menerusi hantaran yang dimuat […]

Trending Fri, 2 Aug 2019
Hiburan Sun, 26 Jan 2025
Hiburan Sat, 22 Mar 2025
Hiburan Wed, 15 May 2024
error: Content is protected !!