Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi August 8, 2023 @ 3:40pm

[VIDEO] Meremang! Siti Nurhaliza Pukau Penonton Di Konsert David Foster…Siap Nyanyi Spontan Lagu All By Myself

Malam yang cukup indah buat penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila berkongsi pentas bersama maestro muzik ternama dunia, David Foster di “Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023” yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Konsert selama dua jam itu turut dijayakan penyanyi-penyanyi hebat antarabangsa seperti Khatarine McPhee, Michael Bolton, Loren Allred dan Peabo Bryson.

David Foster

David teruja membuat persembahan di Kuala Lumpur

Lebih magis apabila kemunculan Siti di pentas disambut meriah oleh penonton yang tidak sabar menantikan persembahan daripada penyanyi hebat itu dan David sendiri.

Penonton bersorak girang apabila melihat Siti tampil memberikan persembahan bertenaga dengan menyampaikan lagu The Power Of Love dengan penuh energetik yang mendapat sorakan peminat.

Ternyata, kehebatan vokal Siti memang tidak dapat disangkal lagi apabila mendendangkan lagu tersebut dengan cukup baik sekali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Dengan susunan muzik yang sungguh mengasyikkan iringan David, Siti Nurhaliza turut tampil dengan mendendangkan single terbaharu dalam album SITISM berjudul Sehebat Matahari.

Siti Nurhaliza

Siti diiringi oleh David ketika membuat persembahan

Keghairahan penonton tidak terhenti di situ apabila Siti turut menyanyikan lagu All By Myself secara spontan selepas diminta David.

Biarpun secara spontan, Siti pada mulanya enggan mendendangkan lagu tersebut kerana lagu tersebut bernada tinggi. Tidak mahu mengecewakan penonton Siti tunaikan permintaan David dengan menyanyikan lagu tersebut dengan baik sekali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Selain itu, konsert amal berskala antarabangsa yang dianjurkan oleh Yayasan PRIHATIN ini meriah apabila lagu-lagu popular turut dinyanyikan seperti Never Enough, A Whole New World, Cry Me A River, Beauty And The Beast, When A Man Loves A Woman dan banyak lagi.

Untuk info, gandingan Siti bersama David bukanlah kali pertama sebaliknya pernah berkolaborasi di sebuah persembahan eksklusif pada 2014.

Siti yang pernah merakam lagu Colour Of My Love nyanyian asal oleh Celine Dion itu turut bakal mengadakan persembahan di Konsert Hitman di Singapura hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Cipta Magis Bakal Sepentas Dengan David Foster – “Saya Tak Akan Sia-Siakan Peluang Ini”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

Lawat Mangsa Buli, Tindakan Ifan Seventeen Dipuji Warganet

Tindakan Ifan yang merupakan anak jati itu kota itu mendapat pujian daripada warganet. Mari doakan agar adik Audrey pulih seperti sedia kala. Insha Allah…

Featured Sat, 27 Sep 2025

Terus Cipta Fenomena, Alpha Lancar MV ‘P Ramlee Saloma’

Alpha, terus mencipta fenomena menerusi single terbaharu mereka berjudul “P Ramlee Saloma”.

Hiburan Thu, 24 Jul 2025

[VIDEO] Hormati Perasaan Ameera Khan, Jefri Nichol ‘Unfollow’ Semua Wanita Di Media Sosial

Jefri Nichol unfollow ramai wanita hormati perasaan Ameera Khan

Trending Sat, 6 Oct 2018

Banyak Sangat Simbol Pada Dashboard Kereta! Anda Tahu Ke Maksud Di Sebalik Simbol Tersebut?

Penting untuk ambil tahu maksud simbol yang ada pada dashboard.

Featured Tue, 28 Jun 2022

Dibelasah Guna Kayu.. Anak Perempuan Hampir Diculik! Lufya Omar Kongsi Momen Berdepan Detik Cemas

Allahuakbar! Begitulah kasih sayang seorang ibu, pertahankan anak meski perit menahan sakit dipukul. Lufya kata penting untuk setiap wanita ada ilmu silat! Min sokong.

Hiburan Wed, 5 Dec 2018

Ish Ish…Ada Pihak Cuba Lagakan Rita Rudaini Dan Bekas Suami?

Hurm… tak baik tau pisahkan seorang ayah dan anak-anak. Toleransi harus ada, semua berhak bahagia.

Selebriti Sun, 4 Jun 2023
error: Content is protected !!