Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi June 7, 2023 @ 7:04pm

Siti Nurhaliza Cipta Magis Bakal Sepentas Dengan David Foster – “Saya Tak Akan Sia-Siakan Peluang Ini”

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa teruja apabila dipilih sebagai penyanyi jemputan untuk mengadakan persembahan di Konsert David Foster & Friends Asia 2023.

Menurut Siti, gandingannya bersama maestro ternama, David Foster, 73, itu bukanlah kali pertama sebaliknya pernah berkolaborasi di sebuah persembahan eksklusif pada 2014.

“Sembilan tahun yang lalu saya pernah buat persembahan bersama beliau untuk satu majlis tertutup. Sebelum itu pun saya pernah memasang impian untuk berkolaborasi bersama, saya tak sangka ia jadi kenyataan.

“Di situ saya berdoa agar janganlah jadikan ia yang pertama dan terakhir sebab peluang itu tidak mudah. Saya tak sangka doa itu termakbul dan akhirnya saya dijemput semula.

“Selepas itu, saya juga ada dipelawa untuk berkolaborasi bersama beliau di Indonesia namun saya tak boleh menerima jemputan tersebut. Saya kecewa sangat pada masa itu, namu saya positif,” kongsinya kepada XTRA.

Siti Nurhaliza ditemui XTRA pada majlis sidang media Konsert David Foster & Friends Asia 2023, pagi ini.

Dalam pada itu, Siti turut berkongsi rasa bertuah apabila pasukan David Foster memilihnya untuk berkongsi pentas di dua buah lokasi iaitu di Malaysia dan juga Singapura pada 7 & 8 Ogos depan.

“Saya rasa bersyukur dan bertuah sebab dengan kebangkitan ramai penyanyi bervokal mantap dalam industri, ‘team’ David Foster pilih saya dalam persembahan kali ini.

“Saya takkan sia-siakan peluang ini. Sudah semestinya saya melihat penyanyi hebat yang bakal sepentas itu, saya tak perlu ‘stress’ kan diri saya untuk ‘berlawan’ vokal.

“Saya mahu sampaikan nyanyian dengan sebaiknya dan secantik-cantik lagu yang dihasilkan David Foster dengan cara saya tersendiri,” jelas Siti.

Siti bersama Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali

Bakal berkongsi pentas dengan penyanyi-penyanyi hebat seperti Khatarine McPhee, Michael Bolton, Loren Allred dan Peabo Bryson, Siti menganggap ia adalah platform terbaik untuk mengembangkan bakatnya di persada seni antarabangsa.

Malah, Siti yang pernah merakam lagu Colour Of My Love nyanyian asal oleh Celine Dion, itu turut berharap diberi kesihatan yang baik menjelang konsert berskala besar itu.

“Saya berharap saya diberikan kesihatan yang baik. Saya mahu pastikan suara saya dalam keadaan yang sihat dan saya boleh buat persembahan yang saya puas hati. Insya-Allah.

“Walaupun dua lagu sahaja, tapi itulah kesempatan yang semua nanti-nantikan untuk berada di atas pentas bersama lagenda dan penyanyi hebat antarabangsa.

“Ia adalah satu impian setiap penyanyi. Bila saya tengok penyanyi yang bakal berkongsi pentas nanti, saya rasa diri saya kerdil sangat. Saya belum sampai dikenali di peringkat Hollywood lagi, jadi ini adalah platform terbaik saya,” kongsinya teruja.

Tiket telah pun mula dijual bermula harga RM 288 sehingga RM 988 secara dalam talian di www.myticket.asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Jun 2022

“Watak Cacat Pun Nak Pelakon Yang Elok” – Michael Ang Terpaksa Akur Dengan Selera Penonton

Pengarah popular, Michael Ang terpaksa ikut selera peminat dalam pemilihan pelakon.

Featured Tue, 24 Sep 2024

Abby Abadi Titip Kata Semangat Buat Da’i Syed & Hana Ismail

Doa lah yang baik-baik. Hopefully semuanya baik-baik juga🌻💗

Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Bob Lokman Telan 12 Biji Ubat Sehari

Bob tetap bersyukur diberikan Allah  peluang hidup hampir 60 tahun dan menganggap ujian yang diterima ini sebagai pengajaran untuknya menghabiskan usia.

Featured Fri, 15 Mar 2019
Featured Tue, 20 Dec 2022
Featured Fri, 10 Dec 2021

Terkejut Jumpa Ular Sawa 250 Kilogram Di Tapak Pembinaan

Sekumpulan pekerja di tapak pembinaan di Sungai Kerak terkejut dengan dua ekor ular sawa batik termasuk seekor ular yang bersaiz gergasi seberat 250 kilogram (kg) pada Rabu. Seekor ular sawa betina seberat 250 kg dijumpai […]

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

‘Masa Kecil Je Kita Rasa Penat’- Raja Farah Kongsi Pengalaman Asuh Dua Anak

Penat kejap je takpe kan…hasilnya InshaAllah berbaloi!

Hiburan Sun, 25 Aug 2019

Waris Takut Buat Facial?

Kenapa ni waris?

familuv Sun, 21 Oct 2018

20 Idea Dekorasi Potongan Buah Yang Cute Untuk Si Manja

Rasa macam tak nak makan sebab comel sangat!

error: Content is protected !!