Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 29, 2024 @ 6:58pm

Apa Bakal Terjadi Kepada Keluarga Syed Mirza? Saksikan Episod Akhir Lelaki Itu!

Bahang drama Samarinda: Lelaki Itu, kini semakin menghampiri penghujung! Nantikan kesudahan keluarga Syed Mirza malam ini, Isnin, 29 April 2024 pada pukul 10.00 malam di TV3.

Sepanjang 29 episod bersiaran di TV3, drama bersiri Lelaki Itu berjaya mencuri perhatian penonton sekaligus mencipta fenomenanya tersendiri dan episod terakhir pada malam ini dijangka meraih lebih 4 juta penonton! Malahan sehingga kini, drama Lelaki Itu telah berjaya mendapat capaian sebanyak 1.13 billion di media sosial serta respon positif daripada orang ramai kerana jalan cerita yang sarat dengan mesej-mesej pengajaran serta kandungannya memberi kesedaran kepada penonton terutamanya apabila menyentuh tentang isu faraid.

Drama Lelaki Itu adalah hasil karya penerbit dan pengarah terkenal Eirma Fatima serta hasil arahan Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif manakala dibarisi pelakon-pelakon terkemuka tanah air seperti Dato’ Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Nabila Huda, Hannah Delisha, Aedy Ashraf, Nadia Brian dan Sophia Al-Barakbah.

Apabila seorang suami tidak dapat menjadi khalifah di rumah sendiri, dia akan menjadi lelaki di luar rumahnya. Itulah pembuka kisah drama bersiri Lelaki Itu yang telah menjadi bualan hangat di sosial media sepanjang bersiaran di TV3 dan turut menjadi drama nombor 1 di Tonton.

Syed Mirza (Dato’ Adi Putra) telah berkahwin dengan Sharifah Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim), seorang wanita kaya yang berpengaruh. Mereka dikurniakan tiga anak perempuan. Namun kehidupan rumah tangga mereka tidak seperti yang diidamkan. Sharifah Qaidah berkelakuan seperti ketua rumah tangga kerana statusnya yang tinggi dan membuatkan Syed Mirza berasa terkongkong. Keluarga Qaidah semakin berpecah belah selepas segala yang berlaku ke atas mereka. Tekanan Qaidah juga semakin bertambah apabila dia susah menuntut harta sepencarian kerana suaminya, Syed Mirza (Dato’ Adi Putra) telah meninggal dunia. Dapatkah keluarga ini bersatu semula?

Jangan ketinggalan untuk menonton episod akhir Lelaki Itu menerusi slot Samarinda pada 29 April 2024, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Aug 2025

Shuib Titip Ucapan Istimewa Buat Ayash Affan – “Ibu! Anak Awak Dah 4 Tahun”

Shuib mendoakan anaknya itu menjadi anak yang soleh.

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

资深艺人岳华病逝享寿76岁

香港一代传奇影星岳华传出在加拿大时间20日离世,据悉岳华近年来饱受病痛之苦,生前因为罹癌的关系身形爆瘦,辞世时夫人恬妮与女儿都在身边陪伴,友人张之玨证实岳华过世,享寿76岁。

Trending Thu, 19 Mar 2020

“Kelakar Betul La!,”-Netizen Terhibur Lee Chong Wei Beri Pesanan Cara Hadapi Kawalan Pergerakan

BEKAS jaguh badminton Malaysia, Dato’ Lee Chong Wei bertindak menasihati rakyat Malaysia tentang cara menghadapi kawalan pergerakan bagi mencegah penularan wabak covid-19. Perkara ini disampaikan oleh Lee Chong Wei menerusi sebuah posting yang dimuatnaik di […]

Featured Tue, 11 Oct 2022

Didie Alias Akui Pernah Berniaga Di Kelab Malam – “ Saya Beli Barangan Wanita Dan Jual Kepada…”

Min sebak dengar kisah hidup Didie Alias.. Semoga kita semua tabah menghadapi cabaran hidup ini..

Featured Wed, 1 Oct 2025

“Saya Masih Istiqamah Jaga Solat Hingga Hari Ini”- Angeline Tan Mahu Dalami Ilmu Agama

Antara perkara yang paling penting yang menjadi keutamaannya adala  sentiasa menjaga ibadah solat fardu lima waktu.

Featured Fri, 2 Sep 2022

Busana Disamakan Seperti ‘Kertas Minyak’, Netizen Puji Izara Aishah Sebab…

Punya cantik outfit Izara netizen senang-senang samakan dengan kertas minyak lah leather seat lah 🤣😅

Featured Wed, 5 Mar 2025

“Tak Layak Digelar Bapa, Tapi ‘Ta*k’!”- Kongsi Pautan Gagal Bayar Nafkah, Rita Rudaini Sindir Siapa?

Ritab erkongsi hantaran mengenai kegagalan menunaikan nafkah yang juga dikira sebagai hutang.

Trending Tue, 9 Jan 2018

MEME COME TRUE: MAN BURNS HOUSE DOWN WHILE TRYING TO KILL SPIDER

We all know the meme about burning the house down if there’s a spider in it. But who would have thought that it would happen for real?!

familuv Wed, 15 Jun 2022
error: Content is protected !!