Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida March 24, 2018 @ 5:27am

Akhirnya…Datin Dera Amah Setuju Ke Mahkamah

Berikutan kes dera pembantu rumah pada 2016, polis sudah menemui suri rumah bergelar Datin yang gagal hadir ke mahkamah beberapa hari lalu. 

Memetik laporan New Straits Times, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, mereka berjaya mengesan Datin Rozita Mohd Ali, 44.

“Usaha mengesan beliau bermula selepas kami terima notis dari mahkamah. Dia sudah setuju untuk hadir di mahkamah.

“Jangan tanya bila dia akan hadir di mahkamah. Harap ia akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya kepada akhbar itu.

Bagaimanapun, Mazlan tidak mendedahkan di mana polis menemui Rozita atau kedudukan terkininya.
Pada 15 Mac lalu, Rozita diikat jamin selama 5 tahun dengan bon sebanyak RM5,000 oleh hakim Mahkamah Sesyen, Mohammed Mokhzani Mokhtar, selepas dia menukar pengakuan kepada mengaku bersalah kerana menyebabkan kecederaan teruk ke atas pekerja domestik Indonesia, Suyanti Sutrinso.

Pihak pendakwaan memohon hukuman penjara setimpal berdasarkan tahap keseriusan jenayah itu.
Kes itu mencetuskan kemarahan ramai kerana wanita itu terlepas daripada hukuman penjara, dengan peguam berkata hakim bersikap lembut terhadap tertuduh.

Rabu lalu, polis melancarkan gerakan mengesannya selepas wanita itu dan penjaminnya gagal hadir di mahkamah untuk semakan semula hukuman.

Timbalan pendakwa raya, Muhamad Iskandar Ahmad memberitahu mahkamah, polis gagal mengesan Rozita di alamat terakhirnya di Kuala Lumpur dan Melaka.

Iskandar yang juga ketua pendakwa raya Selangor berkata, polis juga gagal mengesan penjamin Rozita, yang dipercayai merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, tetapi kuarters lelaki itu kosong.

Hakim Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah menetapkan 29 Mac ini untuk mendengar permohonan pendakwa.

Klip video Suyanti yang cedera parah dan terbaring berhampiran longkang di kawasan perumahan Mutiara Damansara tersebar pada Disember 2016.

Menurut laporan, Rozita didakwa menggunakan pisau dapur, penyangkut baju, mop besi dan payung untuk mencederakan kepala, tangan, kaki dan organ dalaman Suyanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 23 Jul 2020

Dua Lagi Kluster Baharu Covid-19 Dikesan

Siada lagi pertambahan kes selepas ini

Trending Sat, 13 Mar 2021

‘Folio Cinta’ Fiena Menjadi Penamat Kepada Kisah Lagu Hit ‘Tuhan Jaga Dia Untukku’

Kekurangan dimiliki digantikan dengan kelebihan dari segi suara yang gemersik tatkala menyanyi dan kebolehan mencipta lagu dengan baik. Itu anugerah daripada Ilahi buat insan istimewa bernama Fiena, 22, atau nama sebenarnya Nur Zafiena Anissa Zaini. […]

Trending Thu, 17 Jun 2021

Aedy Ashraf Sudah Mula Cerewet – “Sebab Ia Beri Impak Kepada Diri Saya…”

Tapi min dah tengok Aedy ni berlakon since dia kecik lagi…

Featured Wed, 30 Mar 2022

Tular Pensyarah Hina Pelajar Tak Mampu Beli Laptop, Ini Respons UiTM… MPP Pula Gesa Ambil Tindakan Tegas!

Menurut pihak Universiti, tindakan terhadap pensyarah terbabit akan diambil sewajarnya

Trending Tue, 22 Dec 2020
Events Sat, 15 Feb 2025

Konsert Finale CSOIAM Catat 4.5 Juta Tontonan, Kekal Trending Nombor Satu Setiap Minggu

CSOIAM rancangan nombor satu dengan capaian media sosial mencecah 2 bilion.

error: Content is protected !!