Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd December 22, 2020 @ 5:36pm

Sambutan Krismas Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan

Sempena sambutan Hari Krismas, Aktiviti di rumah ibadat bukan Islam di Wilayah Persekutuan dibenarkan mengikut had kehadiran ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional WP Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan kebenaran itu selaras prosedur operasi standard (SOP) dan protokol sambutan perayaan yang dikeluarkan MKN bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

“Upacara sembahyang di rumah ibadat seperti Minor Basilica, Cathedral, Gereja dan Chapel adalah berdasarkan satu pertiga keluasan untuk satu sesi bagi RIBI bersaiz besar atau tidak lebih 30 orang untuk satu sesi bagi RIBI bersaiz kecil,” menurut kenyataan itu.

Pada Jumaat lepas, MKN bersetuju membenarkan penganut Kristian mengikuti upacara sembahyang pada 24 dan 25 Dis di kawasan PKPP dan PKPB dengan aktiviti kunjung mengunjung hanya dibenarkan pada hari pertama perayaan.

Sumber: Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Apr 2026
Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Featured Mon, 5 Aug 2024

Konsert Sulung Dolla Re:Birth The Experience Berjaya Pukau Ribuan Peminat

Memang satu konsert yang mantap dari Dolla! Fly high Dolla

Hiburan Thu, 23 Apr 2026

Tampilkan Khadijah Ibrahim, Salamiah Hassan, Asmidar & Shiha Zikir, MPO Angkat Legasi Sharifah Aini Menerusi Konsert Istimewa Di DFP

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal mempersembahkan konsert penghormatan khas berjudul A Tribute to Sharifah Aini bagi meraikan legasi Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini pada 6 Jun 2026.

Hiburan Sat, 10 Jan 2026

Filem The Voice of Hind Rajab: Suara Kecil Dari Hujung Talian Yang Meruntun Jiwa

Sebagai simbol solidariti, Media Prima turut menyumbangkan RM1 daripada bahagiannya bagi setiap tiket yang terjual kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima

Hiburan Sat, 17 May 2025
Trending Tue, 7 Nov 2023
error: Content is protected !!