Euforia Bola 2026
Featured By: Dhia Iwana August 5, 2024 @ 4:20pm

Konsert Sulung Dolla Re:Birth The Experience Berjaya Pukau Ribuan Peminat

Selepas lebih empat tahun mencipta nama dalam industri, Konsert sulung Dolla Re:Birth The Experience yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini membuktikan hasil kerja keras mereka selama ini.

Dolla yang dianggotai Angel, Sabronzo dan Tabby ternyata berjaya memukau peminat yang hadir dengan corak persembahan yang menakjubkan dan berbeza dari yang pernah disajikan sebelum ini.


Meskipun tampil bertiga tanpa kehadiran bekas anggotanya, Syasya, kumpulan wanita itu tetap mampu meninggalkan impak tersendiri termasuk dari segi susunan muzik serta koreografi tarian yang luar biasa sehingga membuatkan rata-rata penonton yang hadir terpegun.

Lebih menarik, sepanjang tempoh perjalanan persiapan, mereka turut mendapat khidmat nasihat dan penambahbaikan daripada pengarah konsert tersohor, Jenn Thompson.

Persembahan pembuka tirai sahaja sudah berjaya memukau peminat apabila mereka mempersembahkan lagu BAD dengan aksi tarian yang luar biasa.

@xtra_my Fuhh baru opening guys ❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥 Dah power !!! #Rebirththeexperience #dolla #fyp #xtramy #concert #sembangentertainment #beritaditiktok #bad ♬ original sound – XTRA

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal cukup teruja dan berbesar hati dapat menampilkan penghibur masa kini yang penuh inovatif.

“Koreografi padu, vokal yang mantap dan tenaga tanpa batas mereka telah menghasilkan persembahan yang luar biasa.

“Konsert pengenalan Dolla yang cukup hebat ini menjadi bukti terhadap masa depan yang cerah buat kumpulan wanita Malaysia untuk terus maju,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim turut berkongsi teruja mempersembahkan pencapaian terkini Dolla.

“Konsert yang sangat dinantikan, yang diberi nama Re:Birth The Experience menjadi pengalaman yang luar biasa dan mendalam buat peminat setia mereka, iDolla.

“Walaupun anda bukan peminat tegar, saya yakin anda menikmati setiap lagu, gerakan dan koreografi yang mencerminkan usaha keras yang telah dilakukan oleh seluruh pasukan dalam beberapa bulan terakhir.

“Konsert ini adalah satu langkah besar dalam menggabungkan teknologi produksi terkini dengan hiburan, dan membolehkan kami memperluaskan kreativit kami serta berkongsi muzik unik Dolla,”ujarnya.Selain lagu BAD, peminat turut disajikan dengan seleksi lagu hit Dolla termasuk Damelo, Impikan, Look At This, Classic, Bo$$ Up serta lagu berentak perlahan seperti Here4U, Berani dan Sudi.

@xtra_my La La Look At This👀🎶favourite lagu min nii 💖💖💖apa favourite lagu Dolla korang?? Cuba comments 😜 @universalmusic_my … #fyp #xtramy #dolla #ReBirthTheExperience #lookatthis #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Ketika di penghujung konsert, Dolla menerima kejutan apabila peminat menyediakan sebuah video istimewa dengan ucapan yang menyentuh hati.

Dalam video tersebut, iDolla meluahkan rasa sayang mereka terhadap kumpulan wanita berkenaan dan berharap agar Dolla akan terus maju dalam industri muzik tempatan.

Tersentuh dengan kejutan diberikan, salah sorang anggotanya Angel berjanji untuk tidak akan berputus asa dan akan sentiasa menghasilkan karya terbaik buat iDolla.

“Saya janji tak akan berhenti dan akan terus menghasilkan lagu-algu dan persembahan terbaik yang boleh menghiburkan iDolla,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 13 Jul 2018

Tersepit Rim Motor, Budak Tujuh Tahun Hilang Tangan Kiri

Orang kampung yang melihat kejadian tersebut terus datang membantu kami. Dalam keadaan panik, saya terus menghubungi ibu bapa Khumaira dan ahli keluarga yang lain untuk maklumkan kepada mereka.

Hiburan Thu, 5 Jul 2018
Hiburan Mon, 15 Jan 2018

Farid Kamil Bawa Pistol Ke Lokasi, Betul Ke?

Pengarah drama, Shuhaimi Lua mendedahkan Farid bukan sahaja menampar pelakon senior, malah beliau juga turut membawa pistol ke lokasi.

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

“Tidak Terkesan Dengan Video Sindir Neelofa” – Fazura

Bagi Faz, beliau enggan mempedulikan isu tersebut dan menganggap andai sindiran itu berbentuk provokasi bertujuan untuk mengusik emosinya, beliau sama sekali tidak terkesan langsung

Filem Thu, 11 Aug 2022

Syamsul Yusof Terkilan Dengan Finas, Didakwa Tidak Proaktif

Syamsul Yusof terkilan dengan cara FINAS mengendalikan isu.

Featured Fri, 21 Oct 2022
Trending Thu, 13 Jun 2019

你没散光!这棵怪树真的长这样

你没散光!这棵怪树「旭日紫荆」真的就长这样……

error: Content is protected !!