Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 13, 2018 @ 8:20am

Tersepit Rim Motor, Budak Tujuh Tahun Hilang Tangan Kiri

“ Ketika sedang berbual, Khumaira senyap secara tiba-tiba dan motosikal yang saya tunggang bergerak perlahan. Bila toleh ke belakang Khumaira sudah terjatuh dan saya terus menekan brek motosikal sehingga kaki kanan terseret di atas jalan,” kata sepupu kepada, Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli yang kehilangan tangan kirinya selepas tersepit pada rim motosikal di Kampung Binjai Bongkok, Bukit Payong di sini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 malam itu, mangsa yang merupakan pelajar tahun satu Sekolah Kebangsaan Tasek dekat sini sedang membonceng motosikal yang ditunggang oleh sepupunya. 

Kejadian dipercayai berlaku apabila baju sejuk milik ibunya yang dipakai oleh Khumaira tersangkut pada rim motosikal dan mengakibatkan tangan kirinya tersepit. 

Menurut sepupu mangsa, Nor Aina Hananie Rezali, 18, ketika kejadian dia bersama Khumaira dalam perjalanan menuju ke rumah penghulu kampung untuk meminta cop pengesahan borang biasiswanya. 

Tambahnya, dalam kejadian itu, dia bersyukur adik lelaki Khumaira yang turut membonceng motosikal tidak mengalami kecederaan.

“ Orang kampung yang melihat kejadian tersebut terus datang membantu kami. Dalam keadaan panik, saya terus menghubungi ibu bapa Khumaira dan ahli keluarga yang lain untuk maklumkan kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu di sini hari ini. 

Tambahnya lagi, Khumaira terus dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Payong selepas dibantu oleh penduduk kampung dan dihantar ke HSNZ dengan menaiki ambulans.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 14 Jun 2025

Demam Disko Kembali! Konsert ‘Saturday Night Celebrating Bee Gees’ Bakal Gegarkan KL Selama 2 Malam

Saturday Night Celebrating Bee Gees bakal gegar Zepp KL pada 31 Julai dan 1 Ogos 2025.

Featured Thu, 10 Mar 2022

Sarat Hamil, Elfira Loy Buat Aksi Lompat Jauh Sambil Berkasut Tumit Tinggi Buat Ramai Risau!

Fuh, seriau Min tengok! Berani betul bekas atlet lompat jauh ni ya 🤯

Featured Wed, 29 May 2024

Didakwa Bersikap Perkauman, Chef Wan Tampil Mohon Maaf – “Saya Hormat Semua Budaya & Agama Di Seluruh Dunia”

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Moga ia jadi pengajaran buat semua.😎

Trending Sat, 23 Jan 2021
Featured Thu, 11 May 2023

Suka Buat Dua Kerja, Syafiq Farhain Jadi Bomba Sebagai Jaminan Masa Depan?

Min memang respect orang yang pandai manage masa buat dua kerja ni

Trending Mon, 27 Aug 2018

Penemuan Baru: Najis Bayi Berupaya Melawan Penyakit Dan Bantu Turunkan Berat Badan

‘Koktel’ probiotik yang diperbuat daripada bakteria dalam najis bayi dikatakan boleh menambah baik kesihatan secara keseluruhan.

error: Content is protected !!