Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 23, 2026 @ 7:11am

Tampilkan Khadijah Ibrahim, Salamiah Hassan, Asmidar & Shiha Zikir, MPO Angkat Legasi Sharifah Aini Menerusi Konsert Istimewa Di DFP

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal mempersembahkan konsert penghormatan khas berjudul A Tribute to Sharifah Aini bagi meraikan legasi Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini pada 6 Jun 2026, jam 8 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS.

Konsert ini diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan besar Allahyarham dalam industri muzik tanah air, yang sehingga kini masih dikenang sebagai antara suara paling berpengaruh dan dihormati di Malaysia.

Sharifah Aini yang meninggal dunia pada 2014 meninggalkan legasi luar biasa dengan hampir 700 lagu serta lebih 100 album sepanjang kerjayanya, termasuk album kompilasi, runut bunyi dan kolaborasi dalam pelbagai bahasa.

Di bawah pimpinan konduktor Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini dirancang untuk menampilkan pelbagai sisi karya Sharifah Aini, merangkumi genre pop, balada, tradisional, lagu filem serta lagu berbahasa Inggeris.

Menurut pihak penganjur, konsert ini bukan sekadar mengimbau kenangan, malah memberi peluang kepada penonton untuk menikmati semula karya klasik dalam susunan muzik yang lebih segar.

“Konsert ini dirancang untuk membawa penonton kembali menghayati keindahan karya Sharifah Aini dalam bentuk yang baharu, namun masih mengekalkan roh asal yang menjadikannya begitu istimewa,” katanya.

Konsert ini akan menampilkan barisan penyanyi terkenal seperti Khadijah Ibrahim dan Salamiah Hassan, selain Asmidar serta Shiha Zikir.

Khadijah bakal menyampaikan lagu seperti Hapuslah Airmatamu, Kudaku Lari serta medley Kau Tinggi Di Awan Biru, Terbang Helang dan Rindu. Salamiah pula akan mengimbau kenangan menerusi Kenang Daku Dalam Doamu, Tiada Maaf Bagimu serta medley lagu Inggeris.

Asmidar dijangka memukau penonton dengan lagu Seri Dewi Malam selain medley tradisional dan pop, manakala Shiha Zikir akan mempersembahkan Mawar Putih Untuk Mama dan Bunga Tanjung sebagai tanda penghormatan kepada figura yang menjadi inspirasinya.

Kesemua lagu akan diberi nafas baharu menerusi gubahan khas oleh komposer seperti Azhad Sulaiman, Shahhakam Mokhtar, Jenny Chin, Ilham Subri, Luqman Aziz serta Ahmad Muriz sendiri.

Penganjur turut menyifatkan konsert ini sebagai satu usaha berterusan untuk mengangkat warisan muzik tempatan ke tahap lebih tinggi, selain memperkenalkan karya legenda kepada generasi baharu.

“Ini adalah peluang untuk generasi hari ini mengenali dan menghargai karya seorang ikon muzik negara yang telah meninggalkan impak besar dalam industri,” katanya.

Tiket konsert dijual pada harga bermula RM249 hingga RM399, manakala pakej suite ditawarkan antara RM449 hingga RM499 seorang.

Orang ramai dijemput untuk hadir menyaksikan konsert istimewa ini yang dijangka membawa pengalaman muzik penuh nostalgia serta penghormatan kepada salah satu legenda terbesar negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 27 Mar 2025

Raya Dengan AI? Lihat Macam Mana Teknologi Tak Boleh Kalahkan Tradisi

Pernah tak korang terbayang apa yang akan terjadi apabila tiga anak muda memilih untuk membuat persiapan raya di kampung? Lebih epik, tiga anak muda ini bakal membuat persiapan perayaan di kampung sebelum kepulangan ibu bapa […]

Featured Fri, 20 Aug 2021

“Banyak Sektor Buka Bukan Kerana Selamat Tetapi Sebab Ekonomi” -DG Hisham

Umum maklum, bermula hari ini orang ramai yang berada di negeri atau daerah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 kini dibenarkan untuk makan di restoran sekiranya telah lengkap divaksinasi. Walaubagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri […]

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Events Fri, 20 Mar 2020

Siapa Kata #StayHome Boring? Jom Ikut Cara Angkasawan Negara Ini Habiskan Masa Di Rumah

So, boleh lah amalkan tips yang dibuat oleh angkasawan negara kita ni

Hiburan Mon, 19 Feb 2018

RAHSIA CHE TA TAK BOLEH GEMUK

Che Ta memberitahu, dia sekarang sedang fokus untuk mengembalikan berat badan yang ideal seperti dahulu bahkan  tiada perancangan untuk hamil buat sementara waktu.

Featured Wed, 14 Dec 2022

Suami Kantoi Curang Tapi Stay Sebab Anak, Ini Respons Padu Hazeman Huzir

Min setuju! Thanks Haze untuk peringatan kita bersama

error: Content is protected !!