Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 22, 2022 @ 9:14am

[VIDEO] “Kami 3 Beradik Dibuang! Dapat Tahu Dia Ada Scandal Masa..” – Dakwa Bapa Tiri Curang, Anak Arwah Pengasas Dnars Dikhianati?

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial apabila keluarga kepada pengasas kosmetik Dnars, Skincare iaitu Faziani Rohban Ahmad telah membuat laporan polis untuk menuntut siasatan lanjut dilakukan terhadap kematian Allahyarham.

Biarpun tiga tahun telah berlalu, difahamkan, ahli keluarga arwah mengesyaki terdapat unsur lain yang terjadi selepas Allahyarham terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.

Artikel Berkaitan: Kes Kematian Faziani Rohban ‘Diragui’, Keluarga Minta Buka Semula Siasatan Lanjut

Terbaru, salah seorang ahli keluarganya, anak perempuan Allahyarham, Irdina Hakim Jasman mendakwa dia dan adik-beradik dihalau oleh bapa tiri.

Irdina atau mesra dipanggil sebagai ‘Gegirl’ memuat naik sebuah video di akaun TikTok miliknya pada bulan lalu yang bercerita dengan ringkas mengenai situasi dihadapi mereka adik-beradik selepas ibunya meninggal dunia.

Irdina, 19, mendakwa mereka empat beradik dipercayai telah dibuang oleh bapa tirinya.

@dnarfaziani4 Oh shitt😂 so now i very be careful dalam mencari partner trauma wey trauma ! #シ #foryoupage ♬ original sound – Faa🍁

“Masa mami (arwah ibu) hidup, dia jaga lapan orang anak. Empat anak kandung, empat anak tiri (bapa tiri dengan isteri lama).

“Atas sampai bawah termasuk anak tiri disaluti emas dan berlian, jenama mewah.

“Bila mami saya dah tiada, kami dibuang dan dikhianati bapa tiri. Abang saya dipenjarakan, saya dihalau rumah dan adik saya tidak dijaga (seorang lagi adik perempuan dipercayai di bawah jagaan bapa tiri),” dakwanya.

Menerusi video yang sama, Irdina turut mendakwa bapa tirinya mempunyai ‘skandal’ (kini isteri baharu) ketika arwah ibunya masih hidup.

“At the end, dapat tahu bapa tiri skandal dengan bini baharu dia sejak Mami hidup. Betul orang cakap, kebaikan belum tentu dibalas kebaikan,” dakwanya.

@chocozain #dnars #dnarsselamanya Semoga Allah beri kekuatan buat anak2 ini. #fyp #foryou ♬ original sound – Choco Zain

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 May 2025
Hiburan Fri, 31 Mar 2023
Trending Thu, 29 Nov 2018

Boy Genius Says Malaysian Education System is Too Restrictive

He’s a renowned teacher and lecturer but he doesn’t even have an SPM certificate or equivalent.

Hiburan Thu, 25 Jul 2019

‘Hormati Privasi Saya, Kekasih’- Syafiq Kyle

Kalau boleh, saya memilih untuk tidak mencampur adukkan hal peribadi dan kerjaya.

Events Sat, 13 Aug 2022

Umum Bakal Adakan Konsert! Himpun Artis Tempatan & Indonesia, Faztival Fazura Bertujuan Raikan Peminat

Wah menariknya! 😍 Bak kata Faz harga tiket mampu milik #miliksemua

Hiburan Sat, 3 Nov 2018

Psst…Corat Coret ASK 2018

Korang perasan tak bila…

Hiburan Tue, 12 Nov 2019
Featured Mon, 14 Nov 2022

[VIDEO] Anna Jobling Dedah 4 Rahsia – “Saya Seorang Penyelam..”

Fulamakkk, penyelam tau gais 🤩🤩 Hebatnya Anna nii 🤩🤩

error: Content is protected !!