Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain June 18, 2024 @ 2:32pm

Hadiahkan Kek Sempena Hari Bapa, Ucapan Cik B Untuk DSV Buat Ramai Tersentuh – “Mama Ayah, Ibu, Kakak & Bestie”

Anak usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV), Cik B tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya menyambut Hari Bapa bersama ibunya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Cik B menerusi sebuah hantaran di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Cik B telah menghadiakan sebiji kek untuk DSV sempena sambutan Hari Bapa, Ahad lalu.

Terkejut dengan pemberian anaknya itu, DSV turut bertanya kenapa Cik B menghadiahkannya kek sempena Hari Bapa.

“Happy Father’s Day to Mama? Kenapa Happy Father’s Day to Mama?,” soalnya.

Cik B bagaimanapun menyatakan dia tetap mahu menyambutnya meskipun sudah tiada bapa.

Malah, Cik B turut menyifatkan ibunya adalah segala-galanya baginya.

“Sebab Cik B dah tak ada ayah, habis tu saya nak letak apa? ‘Happy Father’s Day untuk ayah yang dah tak ada’? Mama ayah, ibu, kakak, kawan dan bestie,” katanya.

Mendengar ucapan spontan anaknya itu, DSV turut kelihatan tersentuh bahkan turut menghadiahkan pelukan dan ciuman kepada Cik B.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa tersentuh dengan perkongsian tersebut.

@cikb_havocHappy fathers day mama ❤️

♬ original sound – cikb_havoc66

Sekadar info, DSV sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali, namun ke semuanya berakhir dengan perceraian.

Hasil perkahwinan pertama, DSV dan bekas suaminya, Mohd Amin Yasin telah dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, anak pertama dan kedua mereka telah meninggal dunia akibat kebakaran rumah, pada 3 Ogos 2013.

Kini, DSV membesarkan kedua-dua anaknya, Cik B dan Eric Zaquan atau lebih mesra disapa Kacak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 11 Jan 2023

[VIDEO] Azhar Sulaiman Kongsi Detik Cemas Kasih Leia Ixora Pengsan, Badan Kurus Akibat Menghidap Sakit Hipertiroid

Kesiannya Kasih Leia Ixora 😢 Patutlah nampak kurus sangat 😢 Semoga dipermudah segalanya ❤️

Featured Mon, 27 Feb 2023
Featured Thu, 29 Sep 2022
Drama Mon, 13 Mar 2023
Featured Mon, 30 Aug 2021

“Kalau Nak Buat, Buatlah Tapi Ada Padahnya”- Ketua Polis Johor Beri Amaran Keras Buat Pasangan Anti Vaksin

Baru-baru ini sepasang suami isteri anti vaksin tular di media sosial apabila mereka melakukan  eksperimen sosial iaitu “dine in” di sebuah restoran. Pasangan tersebut kini ditahan oleh pihak polis. Susulan kes tersebut, Ketua Polis Johor, […]

Trending Mon, 28 Jan 2019

8张「拍得好不如时机正巧」的神照

当你看到一些很不寻常的事情发生在眼前时,当下立即的反应,大概是神速抓起手机,咔嗒一声拍下照片来,有时很有意思的画面就这样产生了!

error: Content is protected !!