Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 19, 2024 @ 1:32pm

Seronok Jadi Suri Rumah, Afifah Nasir Terkejut Pandai Memasak Lepas Kahwin – “Dia Macam Datang Sendiri”

Pelakon jelita Afifah Nasir mengakui seronok menjadi suri rumah selepas sebulan mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Syed Hariz.

Menurut Afifah, dia berasa tenang duduk di rumah sejak berkahwin memandangkan dirinya banyak menghabiskan masa berada di luar sebelum menamatkan zaman bujang.

“Dia dah lama tak shooting macam malas. Dia macam seronok jadi housewife best sangat best. Saya suka duduk rumah. Saya rasa macam healing tau duduk rumah tu. Yalah, sebab sebelum kahwin duduk luar shooting,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Afifah ketika mempromosikan sebuah produk kecantikan tempatan, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Afifah turut menyatakan dirinya kini sangat suka memasak.

Tambah Afifah, dia tidak pernah terfikir dirinya pandai memasak malah, kebolehan itu hadir selepas berkahwin.

“Saya suka memasak. Dia macam memasak tu datang lepas kahwin tau. Dulu saya fikir saya macam tak reti memasak tau tapi bila dah masak saya macam ‘oh boleh je aku masak’.

“Sebenarnya lepas kahwin dia macam datang sendiri. So, siapa yang tak reti masak sebelum kahwin tu, tunggu lepas kahwin. Mesti boleh punya,” jelasnya.

@inayahbeautytrading Lepas kahwin ni nampak makin berseri🤭#fyp #afifahnasir #berryfull #gattox #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2024 #TikTokShop ♬ Cidro Vs Kluthuk – Waru Leaf

Untuk info, Afifah dan Syed Hariz telah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Jun 2020
Trending Thu, 25 Oct 2018

Menelan Kos 20 Billion, Jambatan Laut Terpanjang Dunia China Kini Dibuka

Jambatan sepanjang 55 kilometer ini dilengkapi dengan jambatan jalan raya dan terowong bawah laut.

Trending Tue, 9 Jul 2019

Tahukah anda apa itu Wolbachia?

Ketahui strategi yang digunakan oleh pihak kerajaan.

Hiburan Sat, 2 Aug 2025

Kapsyen ‘Dengan Sepenuh Cinta, Your Husband’ Raih Tanda Tanya, Edika Yusof, Bekas Isteri Didakwa Dah Rujuk?

Edika Yusof didakwa dah rujuk dengan bekas isteri, kapsyen curi tumpuan

Featured Fri, 14 Apr 2023
Trending Fri, 9 Mar 2018

Influencer Seiras Wajah Selebriti Popular Tempatan, Nombor 3 Paling Sama!

Pasti teruja bukan apabila mengetahui ada orang lain yang seiras dengan kita. Apatah lagi jika mereka itu pelanduk dua serupa kepada artis popular mahupun insan-insan terkenal!

Hijab & Heels ingin membawa penonton mengenali lima Instafamous atau Influencer yang memiliki wajah seiras selebriti tempatan.

Hiburan Tue, 21 Jan 2025

“Kami Akan Sentiasa Jadi Sahabat Baik Walau…” – Respons Dakwaan Perkahwinan Bermasalah, Nadiyah Shahab Berharap Jodoh Kekal Dengan Ben Ali

“Kita tak tahu jodoh tu bagaimana, tetapi Insya-Allah, kami berharap jodoh kami pun untuk selamanya” – Nadiyah Shahab

error: Content is protected !!