Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 4, 2024 @ 12:20pm

Bukti Kebesaran Allah & Pintu Ke Syurga Maksud Nama Puteri Sulung MK K-Clique & Isteri – “Aya Rayana Cinta Hati Baba & Mummy…”

Penyanyi dan pelakon, MK K-Clique dan isterinya, Siti Hajaar mendedahkan nama anak sulung mereka iaitu Aya Rayana.

Menerusi perkongsian di TikTok, Siti Hajaar memuat naik foto memaparkan makna disebalik nama puterinya itu.

Dipetik daripada Al-Quran dan Bahasa Arab, Aya bermaksud tanda dan bukti kebesaran Allah, manakala Rayana pula adalah pintu ke syurga.

“Kau hadir menyejukkan hatiku, kau anugerah yang terindah di hidupku. Sihatlah kau selalu, bahagialah selalu, bersyukurlah selalu.

“Sayangku Aya Rayana, cinta hati baba dan mummy,” tulisnya di kapsyen.

MK K-Clique

Dalam muat naik sama juga, Siti Hajaar berkongsi beberapa foto keluarga kecil mereka namun wajah anaknya ditutup.

Siti Hajaar selamat melahirkan cahaya sulung pada 3 Ogos 2024.

MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin, 28 mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Siti Hajaar pada 16 Jun tahun lalu di Ampang, Selangor selepas empat tahun berkenalan.

Artikel Berkaitan: Kongsi Berita Gembira Isteri Dah Bersalin… MK K-Clique Timang Baby Girl!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#SkoolXTRA Tue, 27 Feb 2024
Hiburan Mon, 21 Oct 2024

“Daripada Tak Ada Job Langsung, Baik Ambil Saja” – Sanggup Terima Bayaran Buat Gimik Murahan, Qistina Raisah Kalis Kecaman

‘Ramai yang anggap saya ni seorang negatif, saya dah terbiasa’ – Qistina Raisah

Hiburan Mon, 18 May 2026

Wanita Sarat Mengandung Luah Bakal Diceraikan, Rita Rudaini Titip Pesanan

Pelakon, Rita Rudaini mencuri tumpuan apabila memberi respons terhadap luahan seorang individu wanita yang memaklumkan dirinya bakal diceraikan dalam masa dua minggu. Menerusi platform Threads, wanita yang sedang sarat hamil itu mengakui masih cinta dan […]

Hiburan Wed, 4 Jun 2025
Featured Mon, 17 Nov 2025

Foto Sambutan Hari Lahir Tular, Netizen Dakwa Mimi Lana Kini Hamil?

Mimi tampil dalam busana hitam putih sambil tersenyum manis disisi Syafiq yang juga meletakkan tangannya dibahagian perut isterinya itu.

Featured Tue, 23 Aug 2022
Trending Mon, 8 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Tular Di Instagram, Wanita Ini Kongsi Kisah Bantu Suami Isteri Dibuang Keluarga

Terbaru, tular di Instagram apabila seorang pemilik Instagram yang dikenali dengan nama Massiew berkongsi kisah sedih bagaimana dia membantu pasangan suami isteri daif yang dibuang keluarga.

error: Content is protected !!