Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 21, 2024 @ 5:43pm

“Daripada Tak Ada Job Langsung, Baik Ambil Saja” – Sanggup Terima Bayaran Buat Gimik Murahan, Qistina Raisah Kalis Kecaman

Pelakon remaja, Qistina Raisah bersikap terbuka apabila ditawarkan untuk membuat ‘gimik murahan’ seperti yang heboh di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi temubual bersama Melodi TV3, Qistina menganggap melakukan gimik bergaduh dengan artis baharu, Arnie Shasha adalah salah satu rezeki.

“Saya memang sanggup saja, mereka di luar sana suka drama, jadi saya saja nak hiburkan netizen. Saya okay sahaja sebab job ada, daripada tak ada langsung, baik ambil je. Alhamdulillah, bayarannya okay,” katanya.

Menyedari namanya dikritik ramai, aktres berusia 16 tahun ini tidak terkesan dengan segala tohmahan netizen.

Qistina Raisah

Malah, dia sempat menasihati netizen agar tidak terlalu ‘taksub’ dalam mencari kesalahan orang lain kerana bimbang akan memakan diri sendiri.

“Apa orang nak cakap tu biarkan, mungkin mereka pun malu sendiri. Dah kutuk-kutuk tapi ternyata gimik saja. Netizen jangan gunakan salah orang tu sebagai tiket untuk kecam.

“Saya tak boleh nak cakap apa kalau ramai yang kata saya ni artis bermasalah. Ramai yang anggap saya ni seorang negatif, saya dah terbiasa.

“Siapa yang mengenali tahu la saya gedik sikit, mulut kurang ajar sikit. Kita pun tak duduk sebumbung, cakap macam mereka kenal saya sangat.

“Kalau tak suka sangat pun, swipe je tekan not interested. Jangan komen macam-macam, malu sendiri nanti,” katanya.

Sebelum ini, nama Qistina hangat menjadi perbualan selepas tular sebuah video dirinya menyimbah air ke muka penyanyi, Arnie Shasha tular dalam media sosial.

Artikel Berkaitan: Mencolok Mata… Kongsi Foto ‘Panas’ Ketika Bercuti, Netizen Doakan Qistina Raisah Diberi Hidayah

Artikel Berkaitan: Isu Gaduh Dengan Puteri Balqis & Didakwa Play Victim, Qistina Raisah Sudah ‘Malas’

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Aug 2024

Nafi Ada Masalah Disiplin, Kamal Adli Tepis Dakwaan Tak Tepati ‘Call Time’… – “Saya Dah 15 Tahun Dalam Industri…”

Siapa yang pernah bekerja dengan Kamal Adli je tahu aktor hebat ni tak ada masalah disiplin okayh!

Featured Mon, 15 Aug 2022
Featured Thu, 15 Sep 2022

Finaz Yunus Minta Individu ‘Tinggal’ & ‘Cabut’ Gelaran Agamawan – “Kalau Tak Mampu Kawal Nafsu, Cari Kerjaya Lain”

Somehow ada betul apa yang Finaz cakapkan ni… ‘Title’ tu tanggungjawab yang besar bukan sekadar populariti 😌

Trending Sun, 20 May 2018

Bayar Lebih RM4,000 Untuk ‘Air Suci

Sanggup berhabisan untuk membeli ‘air sudi’ agar semua sial dibuang katanya

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
error: Content is protected !!