Pelakon remaja Qistina Raisah sekali lagi meraih kecaman selepas berkongsi foto panas ketika bercuti, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Qistina telah memuat naik fotonya berada di atas sebuah kapal mengenakan baju berona biru yang mendedahkan bahagian bahu dan dadanya.
Malah, Qistina turut mempamerkan sebuah gambar ketika dia mengangkat ketiaknya sekaligus mencetuskan kecaman dalam kalangan netizen.
Kurang senang dengan penampilan pelakon yang berusia 16 tahun itu, rata-rata netizen mendoakan agar dia diberi hidayah suatu hari nanti.



View this post on Instagram








