Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 25, 2023 @ 12:42pm

[VIDEO] Baby Shima Umum Bertanding PRN, Nak Bela Nasib Rakyat

Penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima membuat kejutan apabila bakal bertanding sebagai calon Bebas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG), bagaimanapun Baby Shima tidak mendedahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan negeri bakal bertanding.

“Assalamualaikum rakyat Malaysia. Dengan ini, saya ingin mengumumkan akan bertanding PRN untuk berkhidmat dan membela rakyat.

“Ingat, kamu bawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda. Undi saya,” katanya.

Dalam pada itu, Shima menegaskan dia serius dan merancang mahu bertanding sebagai calon Bebas.

“Saya memang serius mahu bertanding. Kawasan mana, saya akan umumkan nanti.

“Bagi saya, dengan sokongan yang diberikan, golongan artis sebenarnya boleh mewakili rakyat terutamanya dalam menyuarakan hasrat anak-anak muda.

“Saya cuma mahukan yang terbaik untuk rakyat. Kalah atau menang itu soal nombor dua. Tidak salah untuk mencuba perkara baik. Doakan saya ya,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Pelakon Pantun Janda itu juga menjadikan artis yang pernah bertanding dalam pilihan raya sebagai inspirasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Fail Saman Terhadap PU Syed & Ketua Pemuda PAS Kuantan, Ada Individu ‘Kafirkan’ & ‘Nerakakan’ Baby Shima

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

SIAPA MR J DALAM HATI JOY REVFA?

Mr J hadiahkan apa tu kat Joy Revfa?

Trending Mon, 25 Nov 2019

Cavities; Why Do We Have Them? And How Do We Fight Them?

Colgate and The Alliance for a Cavity-Free Future rally Malaysians towards an eradicating dental caries for a brighter future.

Hiburan Thu, 16 Feb 2023
Hiburan Fri, 21 Jun 2019

‘Nak Gugur Jantung Pagi Tadi’- Ezzaty Abdullah Kongsi Pengalaman Cemas

Nasib baik tiada sebarang kehilangan, kena lebih berhati hati lepas ini.

Featured Thu, 13 Feb 2025

[VIDEO] “Nanti Rees Nak Pergi Taman Cantik Kan?” – Zaquan Adha Sebak Anak Tanya Keberadaan Adik Bongsu

Zaquan kelihatan melayan ragam anaknya, Muhammad Aisy Al Jibreel yang pada ketika itu memaklumkan adik bongsunya itu sedang berada dekat ‘pasir’.

Hiburan Fri, 3 May 2019

Tiket Konsert Jason Mraz Laku Macam Goreng Pisang Panas!

Wow, penangan Jason memang ‘berbisa’!

error: Content is protected !!