Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal May 20, 2018 @ 6:16am

Bayar Lebih RM4,000 Untuk ‘Air Suci

Seorang wanita dan keluarganya dilaporkan membayar seorang lelaki $ 1450 (RM4297) untuk sembilan botol ‘air suci’ setelah mempercayai bahawa ia akan membantu mereka menyingkirkan nasib buruk. 



Walau bagaimanapun, hidup mereka masih tidak berubah walau telah meminum ‘air suci’ tersebut



Dalam keadaan marah, wanita itu membuat laporan polis. 



Puan Yang, 30, yang tinggal di flat Bukit Batok bersama suami, kakak dan ayahnya, memberitahu bahawa dia dan suaminya sama-sama menganggur.



Keluarga ini bergantung kewangan terhadap kakaknya yang merupakan pekerja tunggal dalam keluarga.



Menurut Puan Yang, lelaki yang menjual ‘air suci’ itu berasal dari Indonesia dan berusia sekitar 50 tahun. 



Dia memberitahu bahawa sejak beberapa bulan lalu, kakaknya telah mengadu dimana rumah mereka itu ‘kotor’ dan terdapat sesuatu yang telah menarik kakinya ketika dia tidur.



“Saya tidak tahu bagaimana lelaki itu mengetahui tentang ini, tetapi dia memberitahu kakak saya bahawa dia tahu cara menyelesaikannya.”
 
Akibat terlalu percaya, mereka seakan dipukau kerana diberitahu ‘air suci’ yang akan diberikan itu mampu menghilangkan segala kesulitan dalam hidupnya.



“Kami kemudian menghabiskan $400 untuk empat botol ‘air suci’, sementara kakak membayar $800 untuk lima botol.”



Selepas menyedari rawatan itu tidak berhasil, Yang cuba meminta lelaki itu membayar balik wang tersebut, namun gagal.



Pun begitu, lelaki terbabit dikatakan mengancam untuk ‘menyumpah’ mereka jika membuat laporan polis.



“Hidup saya tak berubah selepas minum ‘air suci’ itu.”



“Saya sudah pun membuat laporan polis.  Ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang lain agar lebih berhati-hati.”



Sumber : Siakapkeli.my, Stomp

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Sep 2021

Memang Bahaya! Buat Pendedahan di Instagram, Caprice Dakwa Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh

Memang bahaya dan menakutkan! Semenjak terpalit dengan pelbagai isu kontroversi, penyanyi rap, Caprice mendedahkan dirinya berdepan dengan lebih 60 ugutan bunuh. Menurut Caprice, perkara terbabit diterima dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini. “Saya minta maaf […]

Featured Mon, 29 May 2023

Netizen Luah Rasa Kurang Senang Bila Fasha Sandha Kongsi Foto Bersama Kazar

Alamakkkk! Ramai pula yang suruh Fasha delete gambar dengan Kazar 😅

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Featured Wed, 15 Feb 2023

Pengeluaran Wang Simpanan KWSP Dijangka Undang Masalah – Menteri Ekonomi

Min pun taktau nak kata apa. Ramai yang masih berharap…

Featured Mon, 6 Feb 2023
Trending Sat, 18 Jul 2020
Featured Mon, 3 Nov 2025

Kilafairy Kongsi ‘Dapat Mimpi’ Sebelum Berhijab – “Mula-Mula Saya Tak Percaya, Esok Saya Terus Order Tudung & Call Neelofa”

Kilafairy secara terbuka berkongsi kisah di sebalik penghijrahannya apabila mengakui keputusan untuk bertudung datang selepas mengalami mimpi tentang syurga dan neraka.

Trending Thu, 23 Apr 2020
error: Content is protected !!