Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd September 14, 2021 @ 5:40pm

Memang Bahaya! Buat Pendedahan di Instagram, Caprice Dakwa Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh

Memang bahaya dan menakutkan! Semenjak terpalit dengan pelbagai isu kontroversi, penyanyi rap, Caprice mendedahkan dirinya berdepan dengan lebih 60 ugutan bunuh.

Menurut Caprice, perkara terbabit diterima dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

“Saya minta maaf kalau saya meluahkan perasaan seperti ini. Dalam masa dua bulan ini, saya terima lebih 60 ugutan bunuh.

“Nak jumpa depan pintu pagar, nak turun pejabat, mak ajak jumpa, nak ugut jangan sampai ke Pulau Pinang dan macam-macam lagi,” tulisnya.

Dalam pada itu, Caprice turut mendedahkan beberapa akaun media sosial yang menyiarkan kandungan berbaur ‘ancaman’ terhadapnya sebelum ini.

“Dah tak menyeronokkkan apatah lagi kelakar. Kita boleh buat benda ini mengikut lunas undang-undang atau sesiapa yang terlibat, kita boleh adakan perlawanan kick boxing kebajikan antara pasukan saya dan pasukan anda.

“Selesaikan dengan undang-undang atau selesaikannya di gelanggang. Saya okey sahaja tapi tinggal ugutan dan mengharapkan saya akan bisu. Saya bukan orang macam itu,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Caprice mendedahkan dirinya banyak menerima mesej berbaur ugutan dalam Instagram disebabkan rasa tidak senang dengan pendekatan yang digunakan ketika dia berada di Mesir dan Jordan selama lebih dua bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Apr 2022

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton Dan George Russell Di Malaysia!

Lewis Hamilton dan George Russell di Malaysia!

Hiburan Tue, 25 Nov 2025
Featured Thu, 7 Oct 2021
Hiburan Wed, 3 Jan 2018

Masih Setia Bersama Dengan Afifah Nasir

 Walaupun dilanda kontroversi isu karaoke bersama Aliff Aziz  Ogos lalu tidak mematahkan hubungan mereka berdua

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Kenapa Perlu Tengok Dua Drama Korea Ini Di Tonton?

Dua drama terhangat dan mendebarkan dari Korea ini pastinya akan membuatkan anda ternanti-nanti apakah masalah yang bakal dihadapi oleh peguam-peguam terhebat abad ini?

Hiburan Thu, 16 Oct 2025
error: Content is protected !!