Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 7, 2025 @ 12:56pm

“Menjijikkan! Saya Rasa Tindakan Mereka Itu Tak Ada Otak” – Soo Wincci Kesal Tindakan Pempengaruh Beri Sisa Makanan Pada Gelandangan

“Saya tahu mereka berlakon dan sudah meminta izin tetapi mereka dah buat banyak kali sebenarnya tapi kali ini baru kena” itu luahan pelakon dan penyanyi Dr Soo Wincci apabila diminta mengulas mengenai tindakan tiga pempengaruh yang bertindak memberi sisa makanan kepada gelandangan baru-baru ini.

Berang dengan sikap yang ditunjukkan, Soo Wincci menyifatkan ketiga-tiga individu terbabit sebagai tidak mempunyai otak dan bertindak keterlaluan.

“Bila saya tengok tiga pempengaruh itu memang melampau! Bagi saya itu menjijikkan.

“Bagaimana mereka terfikir sanggup buat perkara begini. Sanggup berlakon demi content. Saya rasa tindakan mereka itu memang tak ada otak.

“Rata-rata rakan saya kata mereka sudah beberapa kali cuba buat perkara ini, cuma baru kali ini mengena,” katanya.

Soo Wincci berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Kerana Seorang Lelaki yang diadakan di Kuala Lumpur pada, Rabu.

Tegasnya, ketiga-tiga individu terbabit wajar dikenakan tindakan tegas sebagai pengajaran untuk mereka dan orang ramai di luar sana.

“Dan saya harap pihak  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysa (SKMM) cari mereka dan keluarkan tindakan saman. Kita kena ada kes sebegini untuk tunjukkan ia bukan sekadar konten. Ini adalah toksik, sebab perkara ini sudah banyak kali terjadi.

“Saya harap orang yang melakukan apa sahaja demi konten dan populariti digam, jangan tunjuk belas kasihan dan jangan bagi muka.

“Dan saya juga harap sesiapa sahaja tidak ulangi perkara ini kerana sudah terlalu banyak kandungan konten melampau yang dikongsikan dan ini akan menjadi ikutan generasi muda,” jelasnya.

Terdahulu, tindakan tiga pempengaruh yang tular gara-gara memberi sebungkus nasi berlaukkan tulang ayam dipercayai sisa makanan mereka kepada golongan gelandangan, mengundang pelbagai kecaman hebat daripada netizen.

Bagaimanapun, selepas dikecam teruk di media sosial, ketiga-tiga individu terbabit akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka pada Selasa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Raja Ema Kekalkan Konsep ‘Manja’ Dalam Single Terbaru

Raja Ema memilih merakamkan lagu berkonsep ‘manja’ walaupun usia sudah mencecah 50 tahun. Masih comel & awet muda gitu…

Trending Mon, 19 Aug 2019

Enraged Fans Started #TreatLuaBetter After Weki Meki’s Recent Comeback

Fans felt betrayed when Lua, one of the 8-member girl group Weki Meki received unfair treatment.

Hiburan Sat, 2 Aug 2025

Dituduh Jadi Penyondol, Bekas ‘Stylist’ Selebriti Tampil Bersuara!

Bekas stylist Fazura tampil bersuara dakwaan jadi penyondol buat kali kedua

Featured Fri, 30 Nov 2018

Selain Membayar Rumah, Anda Boleh Keluarkan Wang KWSP Untuk 7 Tujuan Ini

Langsaikan hutang PTPTN anak anda dengan skim Pengeluaran Pendidikan KWSP.

error: Content is protected !!