Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 4, 2024 @ 8:03am

Kongsi Berita Gembira Isteri Dah Bersalin… MK K-Clique Timang Baby Girl!

Anggota kumpulan rap K-Clique, Muhammad Hairi Amin Hamdan atau MK menerima kehadiran cahaya mata pertama.

Isteri MK, Siti Hajaar Sheikh Nordin selamat melahirkan puteri sulung mereka pada Sabtu dan khabar gembira itu itu dikongsikan menerusi Instagram.

Isteri MK K-Clique selamat lahirkan puteri

“Alhamdulillah ya Allah! Hari ini 3 Ogos 2024 isteri saya selamat melahirkan seorang puteri, anugerah terbesar daripada Allah,” tulis MK di ruangan kapsyen.

Rakan artis dan peminat memenuhi ruangan komen hantaran terbabit dengan ucapan tahniah.

Peminat mendoakan MK, Hajaar & anak

Pengikut Instagram MK juga turut mendoakan agar pasangan ini mampu menggalas tugas baharu sebagai ibu dan bapa kepada puteri tercinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Sebelum ini, berita mengenai kehamilan Hajaar tersebar luas dan hangat diperkatakan, namun pasangan tersebut tidak mengiyakan atau menidakkan khabar terbabit.

Baru-baru ini, perkongsian video memperlihatkan ‘baby bump’ Hajaar yang dicium MK meraih perhatian warganet sehingga timbul spekulasi pasangan ini bakal menyambut kelahiran bayi kembar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Terdahulu, MK dan Hajaar selamat mendirikan rumah tangga pada 16 Jun 2023 di Ampang, Selangor.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Jan 2024

Dompet Hantaran Nikah Tercicir, Imran Aqil Cuai Gara-Gara Tertidur Dalam Pawagam! Rupanya Ada Yang…..

Alamak…. dahlah dompet tu hadiah hantaran nikah! Lepas ni jangan lalai yerr..

Featured Wed, 23 Mar 2022

Iqbal Zulkefli Dedah Kisah Sebalik Cincin Permata RM100,000 Dalam MV Ku Ikhlaskan, Rupa-Rupanya…

Fuh.. Rupa-rupanya Iqbal dicabar oleh DSV untuk membuktikan cintanya.. tetapi.. Klik artikel untuk baca berita penuh!

Featured Tue, 14 Feb 2023

Bekas Isteri Dedah Insiden Dimarahi, Dicederakan Radhi OAG – “Tak Perlu Nak Selfie Peluk Sebab Dah Bercerai…”

Sampai macam tu segala.. Semoga semua perkara dapat diselesaikan dengan segera

Featured Tue, 28 Mar 2023
Featured Mon, 25 Apr 2022
Hiburan Thu, 8 Mar 2018

f(x)’s Amber Liu: “I’ll Be Nice When I Can But…”

Seems like f(x)’s Amber has got something to say to the haters.

Featured Sat, 27 Dec 2025

“Lepasni Aku Tak Nak Komen Dekat Mana-Mana Influencer, Selebriti Lagi Lah….” – Puteri Balqis Kecewa Niat Beri Sokongan Di Salah Tafsir

Aqish nekad untuk tidak lagi meninggalkan komen terhadap mana-mana pempengaruh mahupun selebriti selepas ini.

error: Content is protected !!