Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 10, 2023 @ 4:30pm

Alami Masalah Kesihatan Sepanjang Kehamilan Kedua… Dayana Roza Hidap Anemia, Tulang Pelvis Renggang

Pelakon Dayana Roza memaklumkan dirinya berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan sepanjang kehamilan keduanya ini berbanding yang pertama.

Menurut Dayana, dia mengalami masalah symphysis pubis dysfunction pregnancy (SPD), iaitu keadaan yang menyebabkan tulang pelvisnya menjadi renggang.

Malah, Dayana yang kini sudah sarat lima bulan terpaksa menanggung rasa sakit pada pangkal paha sehingga menyebabkan kesukaran untuk tidur dan berjalan.

“Kehamilan kali ini memang berbeza berbanding sewaktu mengandung anak pertama. Doktor sahkan saya mengalami masalah dipanggil SPD, iaitu tulang pelvis menjadi renggang sehingga membuatkan saya alami rasa sakit pada pangkal paha.

“Jadi saya berisiko tinggi jika bersalin secara normal. Pernah terjadi kes seorang ibu, tulang pelvisnya tercabut ketika bersalin normal,” katanya.

Memetik laporan Kosmo! Online,  Dayana yang pernah membintangi drama Cinta Bukan Kristal itu turut berdepan dengan masalah anemia di mana kekurangan darah merah sehingga bacaan darah menjadi terlalu rendah.

“Saya juga mengalami masalah anemia iaitu kekurangan darah merah. Bacaan darah saya sembilan berbanding bacaan normal iaitu 12.

“Jadi saya terpaksa disuntik dengan iron dan dimasukkan darah kerana kerap berasa hendak pitam,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dayana sempat meluahkan rasa teruja untuk menimang cahaya mata mata lelaki tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, anak kedua nanti saya akan menimang bayi lelaki. Sebenarnya saya sudah dapat rasa bakal dikurniakan bayi lelaki kerana mengalami gejala yang agak teruk berbanding kehamilan terdahulu.

“Untuk kehamilan kali ini, saya jadi ketagih minuman kopi. Hari-hari kena minum kopi tanpa gula. Lagi pahit, lagi sedap.

“Untuk anak kedua ini, saya sendiri yang akan beri nama kepadanya. Bermula dengan pangkal huruf A. Namanya adalah gabungan nama moden dan klasik,” katanya.

Terdahulu, Dayana dan suaminya, A’dale Adham Ayahudin telah mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Astrid Raheeya.

Sumber: Kosmo! Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Thu, 17 May 2018

G-Dragon Needs Surgery on His Ankle!

He is currently hospitalised in Seoul.

Hiburan Fri, 3 May 2019
Hiburan Sat, 15 Sep 2018

Tarik Diri Dari Prime Domestic, Hillary Ang Enggan Komen Hal Lepas

Selain Hillary, dua lagi anggota Prime Domestic iaitu Aweera (penyanyi) dan Fauzi (bes) turut meninggalkan kumpulan Prime Domestic. Hillary terlebih dahulu menarik diri sebelum diikuti oleh pemain bass, Fauzi.

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

Demi SANGKAR, Zul Ariffin & Remy Ishak Sanggup…

Teaser filem Sangkar terbitan Primework Studio bakal ditayangkan bermula esok, 12/12 bermula 12 tengah hari esok! 

Featured Wed, 18 Sep 2024
Featured Tue, 4 Jul 2023
Featured Wed, 31 Jul 2024
error: Content is protected !!