Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 15, 2022 @ 6:50pm

Baju Kebaya 4 Tahun Lepas Cetus Perbalahan Netizen, Ini Respons Tya Arifin

Pelakon dan usahawan, Tya Arifin menerima komen jelik di aplikasi TikTok menerusi sebuah hantaran video yang berkongsi dia masih muat mengenakan baju kebaya empat tahun lalu.

Tidak pernah terasa hati apabila perkongsiannya mengenai amalan turun temurun dengan mengamalkan meminum jamu menjadi bahan kecaman netizen, Tya gembira kerana masih ramai yang memberikan maklum balas positif.

“Mengarut je (saja) jamu semua ni, aku dah cuba minum. Konon bertenaga sangat, bertambah lemah lagi ada lah! Pahit,” itu antara kecaman yang diterima oleh pelantun lagu Bagaikan Mutiara ini.

Bagi Tya, tak salah untuk dirinya berkongsi kebaikan yang diperolehi ketika mengamalkan sesuatu perkara.

“Rasanya tidak salah berkongsi apa yang saya buat dan amalkan. Sebab sebelum memulakan perniagaan ini pun ramai bertanya macam mana saya mengekalkan tubuh badan yang bertenaga sepanjang masa.

“Satu daripadanya adalah amalan meminum jamu. Itu sebab Mutyara ini dirumus dari resipi turun temurun keluarga saya di Indonesia dengan menggunakan bahan alami dan makanan sunnah.

“Sudah tentu saya juga ingin melihat keberkesanan kepada diri sendiri. Sebagai contoh, baju kebaya saya empat tahun lalu masih muat dipakai hari ini. Buktinya seperti yang dikongsikan di TikTok dan Instagram.

“Bukan itu saja, tahap kesihatan dan kecergasan tubuh juga baik biarpun sekarang sudah ada dua anak. Ditambah pula dengan komitmen kerja, kerjaya dan keluarga memang memerlukan tenaga yang banyak.

“Jadi, kalau ada yang kata tak kena minum jamu pada dirinya atau apa saja, mungkin dia menggunakan jamu lain. Saya faham di Malaysia ini ramai juga menyalahgunakan nama jamu dan mengeluarkan produk yang meragukan, tetapi di Indonesia, jamu ini sangat dipercayai dan minuman herba yang bagus untuk wanita.

“Disebabkan itu saya mengangkat kembali nama jamu dengan menghasilkan produk yang berkualiti tinggi,” katanya.

@tyaarifinnw Badan mestilah kena jaga kan mesti dah ada anak 🙈 @mutyarabeauty_hq #kebayamuat #tyaarifin #jamumutyara #viral #fyp #sedap ♬ Selendang Mak Inang – Allahyarham Hamzah Dolmat

Dalam masa sama, Tya mengakui sedih apabila terdapat komen yang mempertikaikan produk dihasilkan itu.

“Saya sedih baca komen itu yang mempertikaikan dan cakap jamu tak bagus. Kadang mereka yang komen tu, mereka tak minum pun jamu. Seperti yang semua tahu, jamu ini dibuat bukan suka-suka, tapi sebab pengalaman saya sendiri.

“Saya buat Mutyara untuk wanita, sebab macam saya, saya seorang isteri nak urus anak, selebriti dan menguruskan banyak perkara. Sama juga macam wanita lain yang sebenarnya ramai tak tahu tanggungjawab wanita sangat besar, nak kena bangun awal, tidur lambat, uruskan anak, uruskan pekerjaan, bisnes, semua ini perlukan tenaga fizikal dan emosi.

“Bagi saya ini adalah sesuatu yang saya perlu berikan dan sokong wanita. Wanita ini selalu ada masalah penat, lelah, letih dan lesu. Jadi kita sangat perlukan tenaga, jika tak ada macam mana nak uruskan semua komitmen dalam kehidupan seharian kita?

“Adakah saya salah buat semua ini? Adakah salah nak bantu wanita dapat tenaga lebih? Ini lah sebenarnya perjuangan saya. Saya sedih kalau masih ada orang yang bersikap negatif dan tetap nak nampak perkara ini tak bagus. Mentaliti yang saling menjatuhkan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Feb 2018

FAZURA RAHSIA LOKASI RESEPSI KHAS 11 MAC

Pada hari yang boleh dilabelkan sebagai  wedding of the year bagi permulaan tahun 2018 ini, mereka berdua dikatakan tidak mahu menerima sebarang tajaan.

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

Biar Orang Kutuk Broken English .. Yang Penting Dapat Jumpa..

Salah ke kalau temuramah dengan Broken English.. Tak kisahlah apa orang cakap yang penting dapat jumpa

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

[FOTO] Tahniah! Tasha Shilla Sah Bergelar Isteri Kepada Atiq Idris

Manisnya Tasha Shilla bertudung. Tahniah buat Tasha dan Atiq!

Hiburan Wed, 29 Oct 2025
Featured Tue, 7 Jun 2022
Events Thu, 9 Aug 2018

Jangan Benci Cintaku Cetus Fenomena, Catat 12 Juta Tontonan

Shah, Fika, Husna adalah anatara watak yang terlibat dalam cerita Jangan Benci Cintaku yang disiarkan menerusi slot Akasia TV3 sekaligus mencetuskan fenomena sejak ianya ditayangkan pada 29 Jun lalu

Hiburan Thu, 8 Jan 2026
Hiburan Tue, 31 Jul 2018

超过20组本地歌手零唱酬参与!爱国演唱会830引爆

《我爱马来西亚,同乐同庆演唱会2018》国庆倒数爱国演唱会将于8月30日在吉隆坡独立广场引爆!演唱会免费入场,且邀来了本地超过20组的三大民族歌手,众歌手皆零唱酬支持这场活动。

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Netizen Tersenyum Bila Erma Fatima Bawa Ibunya Beli Telefon

Video penuh dengan komen mencuitkan dari netizen. Tak percaya cuba tengok

error: Content is protected !!